Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Nak Review Rasa Lemang To’ki Dan Rasa Ayam Bakar Toki Bentong

Lokasi yang menjadi Port, hampir setiap minggu di Bentong bagi rakan-rakan Rider Superbike ketika aktiviti weekend ride ialah di Restoran Lemang To’ki. Banyak kali singgah di sini, cuma kali ini, peluang saya Nak Review Rasa Lemang Toki Dan Rasa Ayam Bakar Toki Bentong.

Menu paling popular di sii ialah menu resipi Lemang To’ki. Kalau dikatakan unik, rasanya agak biasa sahaja. Mungkin ada lebih sikit, tetapi secara peribadi menu Lemang To’ki biasa-biasa sahaja. Mungkin ada kekuatan lain yang menjadikan menu Lemang To’ki Bentong ini satu fenomena kepada ramai penunggang motorsikal kuasa tinggi sebagai tempat lepak dan port ride weekend.

Baca : Ayam Kampung Haji Hassan Kuala Lumpur

 



 

Review Rasa Lemang To’ki Dan Rasa Ayam Bakar Bentong

review restoran lemang toki bentong
 

Antara sebab paling ketara, kenapa menu Lemang To’ki ini terkenal kerana lokasi restoran ini agak strategik bagi penunggang motorsikal berkuasa tinggi untuk menggunakan lokasi ini sebagai port persinggahan mereka, khususnya dari Kuala Lumpur menuju ke Bentong.

Dengan lokasi kedai yang agak besar dan selesa, restoran Lemang To’ki memang tempat sesuai untuk sekumpulan kelab motorsikal yang besar bertemu dan berkumpul dengan pilihan menu yang banyak, bukan sahaja Lemang To’ki tetapi ada beberapa menu lain termasuk Ayam Bakar, Daging Bakar, Nasi Lemak dan banyak lauk pauk lain.
 

review restoran lemang toki bentong
Lemang To’ki

review restoran lemang toki bentong
Ayam Bakar Lemang To’ki

 

Menu yang paling sedap di sini, mengikut rasa MrJocko sendiri ialah menu Ayam Bakar dan Daging Bakar. Serius, menu Ayam Bakar dan Daging Bakar di sini ada rasa unik dan mungkin patut korang cuba, kalau singgah di Lemang To’ki Bentong. Yang terkenal Lemang, mungkin sebab hanya kat sini sahaja yang menyediakan menu Lemang setiap hari. Itu sahaja.

Mungkin saya salah, mungkin korang ada rasa lain dan suka makan Lemang To’ki, tetapi secara peribadi, menu Lemang To’ki biasa-biasa sahaja. Acceptable. Rasa lemang tiada lebih. Tapi, bila dipadankan dengan Ayam Bakar dan Daging Bakar, menu ini pasti akan lebih terbaik.

Baca : MrJocko dan Menu Makanan Sedap
 

review restoran lemang toki bentong
Nasi Lemak Lemang To’ki

 

Yang patut dipuji, ialah keadaan restoran yang sangat selesa, luas, mudah, kemas, bersih, pekerja yang agak teratur dan membantu serta harga makanan yang agak murah dan berbaloi untuk semua mencuba. Ada ruang solat Musalla dan tandas yang bersih. Ini terbaik!!!

Terus terang, kalau ada masa, ambillah masa untuk ke Restoran Lemang To’ki Bentong untuk merasai sendiri menu-menu sedap di sini, terutamanya menu Ayam Bakar To’ki Bentong.

Nak tahu apa lagi yang menarik di Restorang Lemang To’ki, boleh layari laman Facebook Lemang To’ki.
 

review restoran lemang toki bentong
Tandas Restoran Lemang To’ki

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.