Review Restoran Little Bobby Chat House Tuaran
Pengalaman penggambaran Travelogue untuk RTM1 di Tuaran selama 5 hari memang best. lebih best, di sini ada banyak menu makanan tempatan yang sedap. Tetapi, sesekali cuba menu western atau kombinasi menu tempatan dan luar negara, juga agak menarik. MrJocko dan rakan Crew ambil kesempatan untuk Review Restoran Little Bobby Chat House Tuaran.
Restoran Little Bobby Chat House ini terletak di tengah-tengah bandar Tuaran. Lokasinya di tepi jalan besar dan terletak di depan Stesen Minyak Shell Tuaran. Mudah sahaja nak singgah sini dan ia beroperasi sehingga lewat malam.
Baca : Apa Yang Menarik Di Tuaran Sabah
Restoran Little Bobby Chat House Tuaran
Kami ke Little Bobby Chat house selepas selesai penggambaran di sekitar Tuaran, termasuk penggambaran di Tree House Tuaran ini : –
http://www.mrjocko.com/2016/12/rumah-tradisional-dusun-lotud-dan-rumah-atas-pokok-tuaran.html
Reka bentuk dalaman restoran Little Bobby Chat House ini agak unik berbanding restoran lain di sini. Ia dihiaskan dengan lukisan tangan, seniman agong P Ramlee dan juga beberapa selebriti luar negara, termasuk Bob Marley. Susun atur meja yang membawa warna merah dan kuning kayu agak selesa dan nampak fresh.
MrJocko dan crew sempat singgah makan di sini untuk 3 malam berturut-turut. Antara yang menjadi pilihan MrJocko ialah Mee Goreng, Kueh Teaw Ladna, Meatball dan juga Nasi Goreng. Ini menu yang anda mesti cuba kalau singgah makan di sini.
Teh Tarik di sini pun agak unik kerana diisi dalam cawan seperti ini. Nak cuba air 3 layer? Kat sini antara yang terbaik!!! Memang best pekena air 3 layer.
Harga berpatutan, portion makanan pun banyak. Macam menu Nasi Goreng atau Mee Goreng, anda sebenarnya boleh kongsi makan berdua. Tidak perlu risau sebab ia memang cukup bagi anda yang jenis tak kuat makan.
Sebelah malam, selepas jam 8.00 malam biasanya akan ada persembahan ‘LIVE BAND’ di sini. Ada ramai pemuzik yang mengambil giliran membuat persembahan. Ia PERCUMA.
Sebab itu, Restoran Little Bobby Chat House ini antara lokasi pilihan ramai anak muda di pekan Tuaran untuk bersantai dan menikmati menu ‘western’ pilihan mereka.
Secara overall, berbaloi juga kalau cuba menu makanan di sini. Sebab, ada beberapa restoran seafood dan masakan Thai di Tuaran mengenakan harga yang agak mahal kalau nak bandingkan dengan apa yang kami makan di Little Bobby Chat House Tuaran.
Related Posts
-
Koleksi Jam Tangan Ice Watch Dari Belgium Harga Mampu Milik
No Comments | Jun 2, 2016
-
Rumah Kartun Dan Komik Malaysia Taman Botani KL
No Comments | Jul 3, 2019
-
Ekspresi Diri Dengan Jam Tangan Galaxy Watch4 Series
2 Comments | Oct 6, 2021
-
Murahnya Lokan Besar Di Kelantan Cuma RM3 Sekilo Kuala Semerak
No Comments | Dec 25, 2020
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.