Review Restoran Melur & Thyme Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
|Restoran ni sudah terkenal di Kuala Lumpur. Ini antara restoran yang menyediakan menu masakan Melayu eksklusif untuk peminat makanan. Sebab itu, MrJocko nak kongsi Review Restoran Melur & Thyme Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.
Lokasi restoran ini terletak di bangunan baharu Hospital Gleneagles Jalan Ampang. Mudah sahaja nak cari dan ada kemudahan parkir untuk pelanggan Melur & Thyme. Bangunannya terletak di sebelah jalan besar dari Kuala Lumpur menuju ke Ampang, berada di sebelah kiri anda.
Review Restoran Melur & Thyme Gleneagles
Masuk saja pintu restoran Melur & Thyme, haruman bau menu yang ada di dapur menusuk hidung, terus buatkan MrJocko lapar. Hahaha,,, tak sabar nak rasa menu sedap di restoran terbaik di Kuala Lumpur ni.
Korang tengok je menu minuman kat sini. Bila semak menu, ini antara minuman yang patut korang cuba di Melur & Thyme Gleneagles. Inilah antara minuman yang diberi nama Pineapple Belt (Apple monin, Mint Monin, Blue Lagoon, Pineapple Juice), Lemongrass Apple (Fresh Lemongrass Syrup,Lemon Squeeze Apple Syru, Sugar Syrup) dan Lemon Berry Sting (Lemon Squeeze, Strawberry Sting, Topped up with Sprite).
Baca : Tengok MrJocko Review Makanan
Ada banyak lagi menu minuman kat sini. Cukup la yang ini dulu MrJocko review. Kalau nak minum minuman biasa, boleh sahaja order dari Pelayan Restoran. Tak ada masalah.
Untuk menu makanan yang korang nak cuba, ada macam macam. Boleh tengok menu makanan yang ada. Tetapi yang paling MrJocko ingat ialah menu daging itik salai yang sedap di sini. Pergh!!! Memukau rasa weh!!!
Ok Ok, kita share dulu menu yang MrJocko cuba ketika di Melur & Thyme Gleneagles. Mula-mula kami dihidangkan dengan menu Sup Kentang dengan Roti. Ini pembuka selera yang boleh buat anda teringin nak makan lagi ni.
Cari Lokasi Restoran Terbaik di Kuala Lumpur
Menu di Melur & Thyme Gleneagles
Tidak lupa, Salad Salmon yang punyai rasa sendiri dengan hidangan bersama telur dan juga hiasan sayuran yang sihat. Ini bagu untuk anda yang tidak makan daging, boleh makan salad salmon untuk gantian.
Ini dia menu yang MrJocko tunggu, Crispy Aromatic Duck. Daging Itik ini dimasak unik. Hanya di Melur & Thyme. Sangat sedap. Sedap sangat-sangat, berbaloi untuk dicuba dengan sos yang disediakan.
Ini pula Seafood Spaghetti Plancha. Katanya sos Plancha ini dibuat homemade dan punyai resipi rahsia sendiri. MrJocko bukan peminat pasta atau spaghetti, jadi nak bagi bintang untuk menu ini tak pandai. Tapi nak bagitahu, rasa Udang dalam spaghetti ini memang awesome.
Review Restoran Melur & Thyme Gleneagles
Tak tahu pulak mana Owner Restoran Melor & Thyme ini dapat resipi Lamb Shank dan Kepak Ayam Satay ini. Rasa memang sedap Ooo,,, Masih teringat sampai hari ni, Bayangkan, walaupun rasa macam dah kenyang, tengok menu ni masih lagi rasa nak gigit. Nafsu sungguh.
Yang kat bawah ni Ayam Cili Hijau. Ia datang dengan set Nasi Putih dengan harga bermula dari RM13 sahaja.

Menu lain yang ada tapi tak sempat nak ambik gambar ialah menu Spaghetti Carbonara Beef Bacon, Nasi Goreng Daging Dendeng, Fish & Chips dan juga Grilled Chicken Chop. Tak sempat nak snap, semua dah masuk ke perut, Masing-masing suka makan. Tambah lagi datang buat food review dengan Food Blogger macam Isaac Tan, Cik Lily Putih, Nannie Isa dan Cameraman Maestro Ridwan.
Kalau nak cuba, restoran Melur & Thyme Gleneagles menyediakan promosi sehingga 20% sehingga bulan April 2017. Untuk set makan tengahari pula bermula hanya dari Rm20++ khas buat pelawat dan staff Gleneagles Ampang.
Menurut pemilik restoran, Cik Nabila Elanie, restoran tersebut boleh memuatkan pelanggan sehingga 100 tetamu dalam satu masa dan dibuka dari jam 8.00am sehingga jam 10.00pm setiap hari.
Selain dari dine-in, tempahan untuk ‘catering’ juga dibuat dengan pakej harga istimewa dengan mengekalkan kualiti menu makanan eksklusif Melur & Thyme pada harga yang mampu milik.
Kalau nak Google alamat, boleh cari di Waze atau Google Map alamat : Melur & Thyme Restaurant, Ground Floor, Block B, Gleneagles Hospital, 282-286, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Atau hubungi No Telefon 019 3581889 atau 03 4265 3322