Samsung Electronics Co. Ltd telah mengumumkan produk baru telefon pintar yang diberi nama GALAXY S6 dan GALAXY S6 Edge. Dengan pelancaran telefon pintar ini, ia akan meletakkan satu standard baru bagi reka bentuk, ketukangan reka bentuk unggul serta prestasi telefon pintar Samsung Galaxy. Ini adalah sedikit perkongsian Review Samsung Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge.
Dengan produk telefon pintar Samsung ini, ia meletakkan Samsung sebagai pengeluar teknologi telefon pintar yang paling maju untuk menawarkan pengguna satu pengalaman mudah alih yang tidak dapat ditandingi.
Review Samsung Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge
Bersama-sama dengan pengumuman Samsung GALAXY S6 dan Samsung GALAXY S6 Edge, Samsung juga telah membuat beberapa pengumuman menarik sepanjang pengumuman GALAXY Unpacked 2015 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol.
Antara ciri-ciri yang menarik tentang Samsung GALAXY S6 dan GALAXY S6 Edge :
1. Diperbuat dari kualiti logam dan kaca, Samsung GALAXY S6 dan GALAXY S6 Edge.
2. Mengembangkan fungsi penggunaan Realiti Maya Samsung Mobile dengan Gear VR Innovator Edition untuk GALAXY S6 dan GALAXY S6 Edge
3. Samsung mengumumkan Samsung Pay, satu perkhidmatan Pembayaran Bergerak yang mempunyai ciri keselamatan yang tinggi.
4. Pengalaman Mengecas secara Wireless dengan Samsung dan IKEA
Jom lihat apa yang menarik tentang model terbaru Samsung GALAXY ini. Lihat juga beberapa perkongsian gambar pengumuman semasa Majlis GALAXY UNPACKED 2015 yang berlangsung di Barcelona pada tarikh 1 Mac 2015.
Layari Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut.
Pastinya model Galaxy S6 edge menjadi pilihan MrJocko. Model ni nampak agak seksi dengan bentuk curve tepi, jarang ada pada jenama smartphone lain selain model dari Samsung.
Review Samsung Galaxy S6 Dan Galaxy S6 Edge. Antara komen menarik tentang smartphone Galaxy S6 edge dari laman web ExpertReview.co.uk
Design and build quality – The two curves still pick up no end of reflections, but the tapered edges feel great in the hand. They not only make the phone feel much thinner than its 7mm chassis might otherwise imply, but the sharper, more angular frame also provides plenty of grip.
Boleh tahan. Dgr cerita nak launch 10 April ni. Sbb aku pernah guna S5, so mmg teringin nak tahu pasal S6 ni. Kot lah dia buat promotion ke. Bg aku, S6 can outperform Iphone 6. Just my 2 cents.
macam takleh nak lawan je iphone6.. sbb concept design pon mcm sama.. lgpon s6 edge ni mcm takde inovasi baru.. sama je ngan note edge.. edge tu mcm takde function sgt..
HAHA takleh lawan iphone6? ko blh swipe kat edge fon tu utk info2 sbb skrg dah sensitif utk touch.. processor s6 skrg dah hampir sekuat desktop, 14nm je, tapi qualiti yg chun gilew, blh tgk HD movie dgn main HD games, sume tanpa takut bateri kong atau panas..
nahh tgk video ni.. https://www.youtube.com/watch?v=1kl9fsuHIkk
aq rasa s6 skrg memang dah UP perfomasi kecantikkan. design nye memang dah cantik dah, nipis 🙂 kalau tak nak widget ganggu notification blh letak kat tepi screen. kan senang idup.
korang tgk blk mcm mana samsung naik. lps ada smartphone, laju gila. invention ni tak blh sekali gus. kena skit2. bg fans tak sabar. so korang kena sabar. bg aku edge tu, sgt nice. mana da screen mcm tu lg kat phone lain. superb kot.
aku penah guna la note edge.. cuak kot.. asyik runsing je takot jatuh,. curved part tu yg licin tu.. baek tak yah ambik port la psl edge tu.. huhu
yeye je ada pre booking.. sblm ni mana penah buat pre booking.. mmg tak la kalau nak ada..
tp edgu tu easy access kot. sgt practical. kau blh letak apps penting w/out even go to menu button dah afterwards. so mmg useful. tp kalau ada prebook, ramai tak yg nak book?
Mehh, ak takkan takut nak jatuhkan fon ni.. Gelas dgn besi yg Samsung gune utk buat fon ni ialah aluminium yg kuat (Al6013). Teknologi yg sama dgn teknologi buat kapal terbang. Klau compare dgn smartfon yg lain s6 1.5x lebih kuat. So klau ak jatuhkan fon pon bkn mcm terasa sgt. Senyum jgk. Hahahaha.
http://www.soyacincau.com/2015/03/30/samsung-galaxy-s6-gets-brutalised-and-totally-survives/
aku pun tgh fikir lg kot nak amik. kot mcm tak nak nnt, tak pyh beli. tggu ada display dulu kot kat malaysia. blh cuba hands on dulu. plg kurang blh tahu selesa ke tak edge tu nnt. kacau ke ape kan.