Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Servis Klinik 1 Malaysia Rawatan Pesakit Luar

Sudah lama saya tak sakit teruk. Tapi sejak semalam, badan rasa tak sihat dan pipi mula rasa bengkak. Tak tau sebab apa. Risau juga. Memandangkan saya kerja sendiri, terpaksa keluar modal sendiri untuk kos rawatan di Klinik atau Hospital. Jadi, seawal pagi dah beratur untuk dapatkan khidmat rawatan di Klinik Kesihatan berdekatan dengan rumah. Kali ini lain sikit, saya nak kongsi Review Servis Klinik 1 Malaysia sebagai Rawatan Pesakit Luar.

Klinik Kesihatan ini, kalau dulu dikenali dengan nama Klinik 1 Malaysia, kini ia lebih dikenali dengan Klinik Kesihatan (Health Clinic). Ia merupakan Klinik Kesihatan yang disediakan secara Percuma kepada semua rakyat Malaysia, dengan hanya bayaran RM1 sahaja bagi tujuan pendaftaran. Itu sahaja. Khidmat nasihat rawatan, sesi bertemu Doktor dan ubat-ubatan adalah Percuma.

Baca :Ubat Demam Terbaik

Review Servis Klinik 1 Malaysia

 


Review Servis Klinik 1 Malaysia Rawatan Pesakit Luar

Review Servis Klinik 1 Malaysia
 

Seawal jam 7.30 pagi saya dah sampai di pintu masuk Klinik Kesihatan. Dah ada beberapa orang, sudah menunggu beratur untuk mendapatkan rawatan. Jam 7.45 pagi, staff klinik sudah mula melakukan proses pendaftaran, walaupun operasi sebenar klinik ini secara rasminya dibuka jam 8.00 pagi. Terbaik.

Jam 8.00 pagi, saya dah boleh masuk ke ruangan pendaftaran di dalam bangunan dan kemudian tak sampai 5 minit nama dipanggil untuk tujuan pendaftaran dan bayaran RM1. Selang 5 minit, saya sudah dapat Kad Rawatan dan menunggu diruang dalam, untuk melakukan pemeriksaan awal.

Jam 8.30 pagi, jururawat panggil nama dan melakukan pemeriksaan awal dengan merekodkan tekanan darah, bacaan gula, tinggi dan berat. Tidak sampai 5 minit kemudian, saya dipanggil ke bilik Doktor.

Sesi pemeriksaan oleh Doktor berlangsung sekitar 10 minit dengan servis yang sangat-sangat teratur dan terbaik. Dari pertanyaan biasa, ia membawa kepada nasihat dan saranan Doktor untuk kesihatan saya. Tersusun, Lemah Lembut dan Sangat Berinformasi.
 

Review Servis Klinik 1 Malaysia
 

Selepas sesi bersama Doktor, saya diberikan senarai ubat-ubat yang boleh saya ambil di Kaunter Farmasi. Masih lagi tersusun dan teratur. Tidak sampai 10 minit, saya sudah dapat ubat-ubatan yang saya perlukan atas nasihat Doktor dengan PERCUMA. Alhamdulillah.

Seawal jam 8.00 pagi lagi, sehingga saya selesai dapat ubat, hanya memakan masa sekitar 45 minit sahaja. Puas hati dan memang berbaloi dengan khidmat yang diberikan oleh Klinik 1 Malaysia.

Terima kasih kepada team Klinik Kesihatan dan juga Kerajaan kerana menyediakan servis seperti ini.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.