Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Review Smartphone Neffos C7 Malaysia Performance Gambar Dan Video

Banyak smartphone di pasaran Malaysia, tetapi pernahkah anda bertanya, adakah smartphone ini berbaloi untuk anda miliki. Bukan sahaja dari segi rekaan, performance, gambar, video dan lain-lain, faktor harga dan ketahanan juga mainkan peranan. Sebab itu, saya nak kongsi Review Smartphone Neffos C7 Malaysia Performance Gambar Dan Video.

Untuk info awal, awal kemunculannya smartphone Neffos C7 Malaysia di jual dengan harga jualan runcit RM599. Waktu promosi, ada sesetengah kedai menjual smartphone ini dengan harga RM499, penjimatan sebanyak RM100. Banyak juga kan?

Review Smartphone Neffos C7 Malaysia

review smartphone neffos c7 malaysia

review smartphone neffos c7 malaysia

 

Bagi yang belum tahu, awal bulan April yang lepas, MrJocko menerima smartphone Neffos C7 yang berharga RM599 ini untuk tujuan ulasan tentang kelabihan dan kekurangan yang ada pada smartphone ini. Boleh semak entry Unboxing Smartphone Neffos C7 di sini.. Selepas sebulan menggunakan smartphone ini, secara peribadi, ia satu peranti yang berbaloi untuk anda yang memikirkan telefon dengan harga yang murah.

Biasanya, bila kebanyakkan dari kita membeli smartphone, antara yang dititik beratkan ialah kualiti gambar selfie, ketahanan bateri dan juga storan. Untuk model ini, MrJocko review dan jom lihat contoh gambar yang diambil untuk pemandangan, potret, selfie, macro, makanan, gambar waktu malam dan juga contoh video slow motion dari kamera Neffos C7.

 

screen neffos c7

 

Gambar Pemandangan

review smartphone neffos c7 malaysia 06

Gambar Potret

review smartphone neffos c7 malaysia 06

Gambar Selfie

review smartphone neffos c7 malaysia 06

Gambar Macro

review smartphone neffos c7 malaysia

Gambar Makanan

review smartphone neffos c7 malaysia 06

review smartphone neffos c7 malaysia 06

Gambar Warna

review smartphone neffos c7 malaysia 06

review smartphone neffos c7 malaysia

Gambar Waktu Malam

review smartphone neffos c7 malaysia

review smartphone neffos c7 malaysia

Nota : Gambar-gambar ini tidak di’edit’, hanya terpaksa ‘small size’ kerana untuk memenuhi resolusi blog yang sesuai.

 

Video Slow Motion

Seronok pulak tengok main air… #BondingTime #SlowMotion #NeffosC7 #LifeAsMrJocko

Posted by Rosmadi Shakri on Khamis, 24 Mei 2018

 
 
Kesimpulannya, untuk mereka yang gemarkan rekaan yang cantik, pejal, skrin yang besar, kualiti gambar memuaskan serta tambahan video slow motion, smartphone ini sangat-sangat berbaloi untuk anda beli dengan harga RM599.

Ada fungsi smart lock fingerprint sebagai tambahan yang jarang ada pada smartphone dibawah harga RM1000 di Malaysia. Fungsi gambar selfie depan yang terang, jelas dan lebar, kamera 13MP dengan aperture f2.0, eye protection mode dan penting, ketahanan bateri yang boleh bertahan dari pagi hingga ke sebelah petang. Untuk nilai RM599, ia sangat berbaloi.

Pernah MrJocko cuba untuk test main permainan Mobile Legend di smartphone ini. Grafik memang awesome. Namun, sebab MrJocko bukan kaki game, dah Uninstall. Lagipun game seperti itu memakan space ‘memory’ yang agak besar.

Apatah lagi untuk menonton video atau movie, saiz screen yang besar seperti Neffos C7 ini memang memuaskan.

Cuma untuk kualiti gambar waktu malam, ia kurang sedikit. Kelihatan ada banyak ‘noise’. Tetapi jika dilihat dengan harga jualan, ia sudah cukup memadai dan boleh mengatasi kualiti smartphone lain dalam lingkungan harga tersebut.

Sekali lihat dari jauh, ia punyai rekaan yang cantik dan menyamai rekaan model smartphone premium. Aksesori untuk cover Neffos C7 ini juga sebenarnya mudah di dapati di kedai-kedai aksesori seperti Kedai Ustaz. Cuba la cari, mesti jumpa banyak cover yang sepadan dengan model ini.

Maklumat lanjut kalau berminat untuk membeli dan dapatkan banyak lagi smartphone Neffos Malaysia, boleh layari laman web rasmi mereka di Neffos Malaysia atau di Facebook Fanpage Neffos Malaysia.

Neffos C7 Malaysia Spesifikasi

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.