Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Full Review Peranti Tablet Samsung Galaxy Tab A7 Lite

Sebulan menggunakan tablet terbaru dari Samsung, kami sangat puas hati. Ini Full Review Peranti Tablet Samsung Galaxy Tab A7 Lite, selepas saya, anak-anak dan wife guna dalam kegunaan harian. Memandangkan sekarang masih lagi di dalam perlaksanaan PKP, tablet seperti ini memang sangat-sangat berbaloi.

Saya sendiri menggunakan tablet ini untuk tujuan melayari internet dan akses ke laman Facebook dan Instagram. Si Kakak Khalisha dan Hasya, mereka guna untuk buat kerja sekolah dan Si Bongsu Ayish akan guna tablet ini untuk kelas Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR).

Baca : Pengalaman Unboxing Samsung Galaxy Tab A7 Lite

Tablet Samsung Galaxy Tab A7 Lite

 


Full Review Peranti Tablet Samsung Galaxy Tab A7 Lite

full review samsung galaxy tab a7 lite 00

full review samsung galaxy tab a7 lite 02

full review samsung galaxy tab a7 lite 03
 

Slot Sim Card
Tablet terbaru ini datang dengan slot Sim Kad yang akan membolehkan anda menggunakan data internet sendiri. Atau, kalau nak lebih jimat guna sahaja WiFi yang ada untuk akses ke jaringan internet dan media sosial.

Processor
Dengan kelajuan pemprosesan Octa Core Octa-core 4×2.3GHz + 4×1.8GHz, ia sudah cukup laju untuk kegunaan seharian.

Skrin
Akses data internet melayari laman web, menonton YouTube malah bermain game seperti Call Of Duty, tak jadi masalah. Skrin yang besar, 8.7 inci dengan paparan gambar grafik yang sangat memukau.

Saiz Tablet
Saiz seperti ini, bukan sahaja untuk tangan kita dewasa, malah kanak-kanak juga senang untuk guna dan memegang tablet ini. Ringan, tetapi padat.

Kamera
Kami masih belum sepat nak uji gambar diluar rumah. Namun hasil gambar rakaman yang kami ambil di dalam rumah sangat berbaloi. Walaupun dengan rakaman kamera belakang 8MP AF dan kamera depan 2MP AF, tetapi hasilnya tetap padu. Untuk video, cukup untuk resolusi jika nak guna untuk Facebook, Instagram atau TikTok.

Bateri
Setakat ini, untuk penggunaan biasa, bateri boleh tahan sehingga 40 jam. Puas hati, memang tak perlu risau bateri cepat habis.
 

full review samsung galaxy tab a7 lite 08
Paparan Skrin Galaxy Tab A7 Lite

full review samsung galaxy tab a7 lite 09
 

Hasil gambar dari kamera belakang 8MP AF, tiada modifikasi.

sample-pictures-galaxy-tab-a7-lite-01

sample-pictures-galaxy-tab-a7-lite-02

sample-pictures-galaxy-tab-a7-lite-03
 

Untuk anda yang kaki gajet, ini rujukan spesifikasi Tablet Galaxy Tab A7 Lite :

Paparan : 8.7-inci 1340×800 (WXGA+) TFT
Dimensi : 212.5 x 124.7 x 8.0mm
Berat : 366g
Camera Belakang : 8MP AF
Camera Depan : 2MP
Memory : 4GB RAM dan 64GB ROM Storan Dalaman (microSD sehingga 1TB)

Processor : Octa-core 4×2.3GHz + 4×1.8GHz
Bateri : 5,100mAh (15W Adaptive Fast Charging supported**)
Sambungan : LTE
Wi-Fi 5 (802.11 a/b/g/n/ac),
Wi-Fi Direct, Bluetooth® v5.0

Penyambungan : Type C USB 2.0, 3.5mm Ear jack
Sensors : Accelerometer, Compass, Light sensor
GPS : GPS+GLONASS, Beidou, Galileo
Audio : Dual Stereo Speakers sound by AKG, Dolby Atmos®
Video Recording : FHD (1920×1080) @ 30fps
Playback : FHD (1920×1080) @ 30fps
 

full review samsung galaxy tab a7 lite 05
Galaxy Tab A7 Lite Software Information

full review samsung galaxy tab a7 lite 06
 

Review Tablet Samsung Galaxy Tab A7 Terbaru

Setakat ini, model tablet Tab A7 Lite datang dengan warna Grey dan Silver. Storan dalaman 64GN sudah cukup untuk kegunaan biasa. Tambah lagi, slot tambahan SD Card boleh ditambah sehingga simpanan 1TB.

Model ini diterima ramai dengan mendapat review 4.7 daripada 5.0 daripada pengguna Tablet.

Untuk tablet model Samsung, tak susah nak cari aksesori seperti Cover atau Housing Tablet, Stand tablet, Tablet Holder, Earphone dan pelbagai lagi termasuk hard screen protector. Boleh cari aksesori ini di Plaza Lowyat atau laman web pembelian Online Shop.
 

Saya beli cover cantik ini dari online website dengan hanya harga RM20 sahaja. Murah kan?

full review samsung galaxy tab a7 lite 14
Cover Galaxy Tab A7 Lite

full review samsung galaxy tab a7 lite 15
 

Nampak cantik dengan padanan ‘housing cover’ dari third party untuk peranti tablet Samsung Galaxy Tab A7 Lite ini. Boleh beli dengan mudah di laman belian online seperti di Shopee dan Lazada. Ada pelbagai warna, pelbagai corak dan pelbagai jenis yang boleh anda dapatkan untuk aksesori tablet Samsung anda.

Berminat untuk mencari tablet yang terbaik ini dengan harga bawah RM700, boleh dapatkan informasi di Samsung Malaysia Galaxy Tab.

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.