Site icon Travel Blogger Malaysia

Review Taipei EasyCard Kad Pintar Untuk Kegunaan MRT Public Transport

Kalau ke Taipei, nak mudah menggunakan pengangkutan awam di sana, boleh beli Taipei EasyCard. MrJocko nak kongsi dan Review Taipei EasyCard Kad Pintar Untuk Bayaran Taipei MRT Public Transport. Kalau di Malaysia, ia umpama kat Touch N Go. Tetapi, dengan kad pintar Taipei EasyCard ini ada beberapa kelebihan.

Taipei EasyCard ini di sana dikenali dengan nama 悠遊卡 (Yōuyóu kǎ). Ia adalah kad sentuh cara kad pintar yang dioperasikan oleh syarikat EasyCard Corporation. Sebelum ini ia dikenali sebagai nama “Taipei Smart CardCorporation”.

Baca : Keretapi Laju Di Taiwan High Speed Rail

 



 

Review Taipei EasyCard Kad Pintar

Review Taipei EasyCard
Review Taipei EasyCard Taiwan

Kad Taipei EasyCard ini biasanya digunakan untuk kegunaan Taipei Metro (Taipei MRT), bas, dan beberapa pengangkutan awam lain sejak dari tahun 2002 lagi.

Baca informasi di laman web ini https://guidetotaipei.com/article/easycard-悠遊卡

Apa Maksud Easycard?

EasyCard adalah kad pintar sentuh yang digunakan untuk memudahkan pengguna ketika berurusan dalam pembayaran samada Taipei MRT, Bas, pengangkutan awam lain dan beberapa lokasi kedai serbaneka yang menerima pembayaran ini.

Di Taiwan, kedai-kedai seperti kedai serbaneka 7-Eleven, Family Mart, dan beberapa kedai serbaneka lain menerima pembayaran menggunakan EasyCard sebagai medium pembayaran.

Khas untuk pelajar, jika disertakan dengan Student ID, mereka akan menerima diskaun TWD3 untuk tambang bas.

 

 

Di mana beli Easycard?

Korang boleh beli Easycard di semua MRT stations dan kedai serbaneka seperti  7-Eleven dan FamilyMart. Jika korang beli di kedai serbaneka 7-Eleven, kad sahaja bernilai TWD100 dan korang harus ‘tambah’ belian untuk baki dalam kad tersebut. Baki yang tidak digunakan boleh dipulangkan kembali di semua MRT Stations.

Di mana boleh digunakan Easycard?

Public Transit

Convenience Stores

  • Family Mart (全家)
  • 7-Eleven
  • OK
  • Hi-Life (萊爾富)

Grocery Stores

  • Wellcome (頂好)
  • Matsusei (松青)

Taxi Service

  • Some taxis companies accept Easycard for payment, and some will even offer 30% off as a promotion.

Public Parking

  • Parking garages around Taipei
  • Street parking meters

Taiwan Railway Administration (TRA)

Miscellaneous

Tambahan Tips belian EasyCard

Generasi Pertaman kad EasyCard (without chip) boleh digunakan sebaiknya untuk urusan sewa servis Youbike Kiosk di Taiwan.
Taipei EasyCard ini amat disyorkan dugunakan untuk semua kemudahan bayaran pengangkutan awam di Taiwan, khasnya untuk perjalanan Taiwan High Speed Rail dari Hsinchu melalui bandar Taipei dan kemudian ke Ruifang.

 

Jadi, kalau korang memang nak Free and Easy di Taipei dan bandar sekitarnya, lebih mudah menggunakan Taipei EasyCard. MrJocko dan review Taipei EasyCard ketika di Taipei dan ia sangat mudah dan cepat.

Nak tahu banyak lagi yang menarik dan cerita High Speed Rail Taiwan, baca sini http://www.mrjocko.com/tag/taipei

Exit mobile version