Review Under Armour Bandit 2 Running Shoes Yang Hebat
|Sebagai Travel Blogger, tidak hanya review pakej pelancongan, review hotel, review makan atau review gadget sahaja. MrJocko juga ada buat review tentang apparel atau pakaian yang bersesuaian dengan ‘trip’ kembara MrJocko. Kali ini, nak share review Under Armour Bandit 2 Running Shoes yang hebat.
MrJocko pakai kasut ini selama sebulan selama penggambaran Travelogue “Nota Kembara Bersama MrJocko” dari Perlis hingga ke Melaka sehingga terbang ke Sabah dan Sarawak.
Baca : Travel Blogger Review Produk
Review Under Armour Bandit 2 Running Shoes
Apa yang boleh MrJocko buat kesimpulan, kasut ‘Running Shoes’ Under Armour yang diberikan nama Bandit 2 ini memang menjaga kaki anda dan sangat selesa. Thumbs Up untuk Under Armour.
Andai korang singgah di Butik Under Armour, samada di Midvalley, Pavilion, Suria KLCC atau beberapa lokasi butiknya yang lain, anda akan perasan bahawa koleksi apparel di sini lebih kepada pakaian untuk gaya hidup aktif dan sukan.
Samada anda mencari T-Shirt, Tops, Seluar, Track-Suit, Jogger Pants, Aksesori serta kasut sukan, korang boleh lihat pelbagai pilihan terbaik.
Baca : Tajaan Pakaian Dari Under Armour Malaysia
MrJocko diberi peluang untuk mencuba koleksi kasut sukan terbaru dari Under Armour. Ia dikenali sebagai Under Armour Bandit 2 Running Shoes. Ia adalah koleksi kasut lari terbaru dari Under Armour yang sesuai dengan gaya hidup aktif.
MrJocko bukan seorang pelari atau aktif dalam acara marathon atau larian. Tetapi selama sebulan, setiap hari MrJocko memakai kasut Under Armour Bandit 2 ini berjalan dan berlari sepanjang penggambaran, memang terasa keselesaan. Kaki tidak cepat penat dan ia menyokong tulang MrJocko dengan baik.
Antara yang MrJocko suka, rekaan yang cantik, warna yang unik serta kemasan ruang pengudaraan kaki yang membuatkan kaki MrJocko tidak berbau. Kasut ini tidak seperti kasut sukan lain yang kadang-kadang memerap peluh dan menyebabkan bau kasut.
Tambah pula, stoking Under Armour yang dipadankan dengan kasut ini memang terbaik.
Untuk runner, ini adalah kasut yang sesuai untuk anda. Ia akan mencengkam kaki anda dan mempunyai tapak kasut yang punyai ‘grip’ yang luar biasa.
Kasut Under Armour bandit 2 ini mempunyai rekaan kasut lari untuk lelaki dan wanita. Ada pelbagai warna yang unik. Bandit 2 memang ringan, tetapi kukuh sebagai pelindung kaki anda. Tapaknya lembut tetapi keras untuk mencengkam yang membolehkan anda berlari dengan laju.
Kalau nak cari kasut ini, boleh ke lokasi outlet Under Armour berdekatan dengan carian di sini. Atau layari laman web Under Armour Malaysia dan Under Armour Facebook. Koleksi kasut Under Armour boleh anda pilih di Under Armour Shoes