Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Richmond Hotel Sapporo Odori Boutique Hotel Dekat Dengan Shopping Spot

Hotel yang simple, murah dan sangat selesa. Itu yang boleh saya simpulkan tentang review Richmond Hotel Sapporo Odori Boutique Hotel Dekat Dengan Shopping Spot. Ia terletak betul-betul dengan tempat membeli belah Tanukikoji Shopping Arcade, pusat membeli belah terbuka yang terkenal di Sapporo.

Untuk lebih mudah anda faham, ia terletak diantara tengah-tengah tarikan pelancong di kawasan Odori dan juga Susukino. Untuk ke sini, kalau berjalan kaki, hanya sekitar 15 init menuju ke JR Sapporo Station. Sangat dekat dan mudah untuk akses kesini tanpa perlu menaiki teksi.

Richmond Hotel Sapporo Odori

Richmond Hotel Sapporo Odori

Saya boleh katakan, in antara Boutique Hotel bertaraf 3 Bintang dan ia memang berbaloi untuk didiami jika anda punyai bajet sederhana dan perlukan penginapan yang selesa dan punyai privacy.

Bilik kecil standar gaya orang Jepun, tetapi masih lagi selesa kalau untuk seorang. Nak masuk 2 orang, kena pandai susun :). Lebih menarik, bilik air dilengkapi dengan Tub Mandi dan juga toiletries yang cukup dan selesa.

Ruang meja kerja pun ada dengan kemudahan TV dan juga WiFI Percuma. Sangat berbaloi untuk harga JPY16000 (MYR575) untuk semalam, termasuk sarapan pagi, kalau tak silap MrJocko.

Richmond Hotel Sapporo Odori
Main Entrance Richmond Hotel
Richmond Hotel Sapporo Odori
My Room

Richmond Hotel Sapporo Odori

Richmond Hotel Sapporo Odori

Richmond Hotel Sapporo Odori

Untuk tilam, pun memang lembut dan selesa. Tambah lagi, musim sejuk seperti Winter, ia memang beri nikmat tidur yang sangat awesome. Hahaha!!!

Memandangkan ia terletak di laluan Tanukikoji Shopping Arcade, ia memang tempat sesuai untuk pelancong. Bukan sahaja shopping tetapi senang untuk ke mana sahaja memandangkan di kawasan ini juga ada banyak yang boleh dilawati. Kalau nak guna Train atau Subway, dekat sahaja untuk ke destinasi seterusnya.

Richmond Hotel Sapporo Odori

Richmond Hotel Sapporo Odori

Richmond Hotel Sapporo Odori

Keseluruhan untuk hotel ini, MrJocko boleh beri 4.5 Stars out of 5 Stars, bagi segmen Boutique Hotel. Kalau nak travel dan cari tempat menginap, hotel seperti ini memang jadi pilihan MrJocko. tak perlu hotel mahal dan bilik besar, kerana kita bila travel, nak bilik hanya untuk lelapkan mata seketika.

Nak booking hotel hebat ini, boleh terus booking online di halaman web ini Richmond Hotel Sapporo Odori

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.