Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ride Paling Menggerunkan Di Genting Skyworlds

Selepas pertama kali masuk ke Genting Skyworlds, ramai yang tanya mana satu ride yang Paling Menggerunkan Di Genting Skyworlds. Secara peribadi, saya bukan jenis yang suka aktiviti thrill macam ni, sebab saya takut ketinggian, gayat (Acrophobia) dan juga takut laju (Tachophobia). Namun, dengan perhatian saya dan feedback dari pengunjung lain, Andromeda Base ada satu ride yang memang mengujakan kaki taman tema yang sukakan cabaran.

Alpha Fighter Pilot di ruangan tempur Alpha Space. Ride ini berupa Kokpit kapal terbang pejuang yang memuatkan 4 orang dalam satu kapal. Anda akan dibawa terbang dan berpusing-pusing dari atas ke bawah dan mengelilingi Alpha Space dengan kelajuan sederhana. Bayangkan, kaki anda di atas dan kepala di bawah, dengan keadaan kapal yang berpusing. Sangat mendebarkan!

Baca : Bila Genting Skyworlds akan dibuka kepada Pengunjung

Ride Paling Menggerunkan Di Genting Skyworlds

 


Ride Paling Menggerunkan Di Genting Skyworlds

Ride Paling Menggerunkan Di Genting Skyworlds
 

Pengalaman menaiki ride ini pasti akan membuatkan sesiapa sahaja berdebar. Kalau anda tak kuat, pastikan anda tidak muntah selepas naik. Rata-rata yang naik ride ini memang nampak muka agak cuak sebelum dan selepas ia terbang di udara. Namun, tak kurang juga ramai yang betul-betul enjoy dengan aksi mereka di sini.

Fuh! Tempoh sekitar 2 minit sebelum menunggu ia terbang dan 2 minit lagi untuk naik dan berpusing di atas akan membuatkan jantung anda berdegup kencang. Pastikan anda sihat mental dan fizikal untuk mencuba ride Alpha Fighter Pilot ini supaya anda tidak mengalami masalah terkejut.
 

Ride Paling Menggerunkan Di Genting Skyworlds

Ride Paling Menggerunkan Di Genting Skyworlds

Ride Paling Menggerunkan Di Genting Skyworlds

Ride Paling Menggerunkan Di Genting Skyworlds

Ride Paling Menggerunkan Di Genting Skyworlds

Ride Paling Menggerunkan Di Genting Skyworlds

Alpha Fighter Pilots

Think you’ve got what it takes to be an alpha pilot? Strap yourselves in for a thrilling space battle simulation. As pilots in training, this is as much a physical and mental test for your mission ahead.

Fikirkan anda mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi juruterbang alfa? Persiapkan diri anda untuk simulasi pertempuran angkasa yang mendebarkan. Sebagai juruterbang dalam latihan, ini adalah ujian fizikal dan mental untuk misi anda di hadapan.

Lihat video

Setakat ini, saya hanya mampu melihat dari tepi sahaja. Belum masa untuk mencuba. Ia terlalu ekstrem untuk saya. Hahaha… Kalau anda nak cuba silakan. Ceritakan kepada kami nanti pengalaman tersebut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.