Site icon Travel Blogger Malaysia

Pengalaman Keretapi Di River Kwai Bridge Kanchanaburi

Sebelum ke Hellfire Pass, kami alami perjalanan pendek merentasi Sungai Kwai di Kanchanaburi. Ini adalah Pengalaman Keretapi Di River Kwai Bridge Kanchanaburi yang tidak mungkin sama dengan pengalaman menaiki keretapi lain di dunia. Ia unik dan menyimpan banyak rahsia dan sejarah yang mungkin tak habis kalau dibaca.

Permulaan keretapi ini, dibawa dari Station River Kwai Bridge dan menuju ke beberapa destinasi. Di sini anda boleh melihat landasan asal, hasil dari binaan yang dibuat oleh buruh paksa di zaman Perang Dunia II. Rata-rata mereka yang membina landasan sejauh lebih 400 kilometer ini adalah tawanan perang dan juga buruh paksa yang dibawa dari serata Asia.

 

 

River Kwai Bridge
Pengalaman di River Kwai Bridge

 

Tak kira musim, tempat ini selalu penuh dengan pelancong setiap masa. Kebanyakkan pelancong yang datang ke River Kwai Bridge ini adalah pelancong dari Australia, British, Belanda dan juga Amerika Syarikat. Tidak kurang, mereka yang datang dari Asia, yang ingin sendiri melihat sejarah landasan maut di River Kwai Bridge ini.

Sedikit Sejarah Tentang River Kwai Bridge Kanchanaburi

Pada tahun 1943 ribuan Banduan Allied Perang (POW) dan buruh Asia dipaksa bekerja di Death Railway (Landasan Maut) di bawah Empayar Tentera Jepun untuk membina sebahagian daripada 415 km panjang landasan keretapi dari Burma Thailand.

Kebanyakan tahanan perang dan buruh paksa ini adalah Australia, Belanda dan British dan juga rakyat dari seluruh Asia. Mereka telah dipaksa bekerja dengan separuh mati ke arah selatan dari Thanbyuzayat (Burma) untuk dihubungkan dengan PoW lain menghubungkan landasan keretapi di Thailand. Kereta api ini bertujuan untuk memudahkan pergerakkan Tentera Jepun dan bekalan ke Burma di mana tempat Jepun melawan British.

Semua kerja-kerja berat membina landasan ini, termasuk memecahkan batu menghubungkan landasan diantara bukit dilakukan secara manual sama ada dengan tangan atau dengan gajah. Ketika ini, tawanan perand dan buruh paksa dipaksa bekerja bermatian dan dibiarkan kebulur. Ramai yang mati ketika dalam pembinaan landasan dan juga jambatan di River Kwai ini. 

 

 

 

Anda berpeluang untuk menaiki keretapi unik ini yang akan membawakan anda dari Stesen River Kwai Bridge Kanchanaburi hingga ke beberapa destinasi termasuk lokasi berdekatan dengan stesen asal ketika ia dibina di zaman peperangan Perang Dunia II. Katanya, landasan ini dibina sehingga ke lokasi Three Pagoda Pass yang terkenal, sempadan antara Burma dan Thailand.

Pemandangan sekitar ketika menaiki keretapi ni juga memang awesome, memang ia antara pengalaman yang menakjubkan. Tambah menarik bila keretapi ini melalui tebing curam yang dibina berhampiran sungai yang sangat dalam. Pemandangan memang menarik dan umpama anda berada di zaman Perang Dunia II ketika melalui landasan ini yang berakhir di stesen Thamkra Sea.

 

Keretapi menyusuri tebing sungai yang tinggi dan merbahaya


 

Perjalanan memakan masa selama hampir setengah jam, tetapi ia memang menakjubkan, Tidak mudah nak gambarkan dengan kata-kata, hanya pengalaman  yang boleh menilai menarik dan unik bila merasai pengalaman menaiki keretapi River Kwai Bridge ini.

Ia antara aktiviti yang wajib anda cuba kalau sudah sampai di Kanchanaburi. Ia mesti dicuba dan anda akan teruja dengan setiap gerakan dan perjalanan di sini. Umpama menaiki keretapi di zaman 1940an dan ia memberikan anda nostalgia asli berada di Thailand.

Exit mobile version