Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Roti Canai Daun Pisang Ravi’s Banana Leaf Solaris KL

Roti Canai Daun Pisang memang tarikan utama di sini, Restoran Ravi’s Banana Leaf Solaris. Kalau jenis roti canai biasa memang banyak dijual sekitar Kuala Lumpur, tapi roti canai daun pisang memang rare dihidangkan di restoran. Konsep roti canai kat sini memang lain dari yang lain. Mesti korang jarang jumpa menu roti canai daun pisang kan?

So, kali ini MrJocko nak kenalkan korang dengan roti canai ni untuk mereka yang sukakan menu roti canai atau menu vegetarian. Boleh katakan menu di Ravis Banana Leaf Solaris ini ada banyak menu vegetarian yang boleh anda pilih dari roti canai, roti pratha, roti tisu, roti naan dan macam-macam lagi.

 


Roti Canai Daun Pisang di Ravis Banana Leaf

Ravis banana leaf roti canai

image

Nampak sedap tak roti canai ni?

Harga roti canai di Ravi’s Banana Leaf ni agak mahal. Harga roti canai mungkin sama, tetapi kos daun pisang diletakkan sekali kot menjadikan harga sekeping roti canai agak mahal dari Kedai Mamak biasa. Berapa harga roti canai daun pisang di Ravis Banana Leaf ni korang kena lihat sendiri 🙂

Cara makan roti canai atas daun pisang dan makan kat sini unik. Diorang selalunya tak bagi pinggan. Kalau makan kat sini, diorang letakkan dalam Daun Pisang. Macam roti canai, roti di letakkan atas daun pisang dan kuah disediakan dalam 3 bekas berbeza iaitu kuah Dhal, Kari dan satu lagi mungkin kuah Gulai.

Memang best jugak la makan roti canai daun pisang di Ravi’s Banana Leaf Solaris. Mungkin korang boleh cuba menu makan atas daun pisang macam kat sini. Bukan sahaja roti canai, nasi dan makanan lain juga dihidangkan di atas daun pisang sebagai ‘pinggan’ utama untuk pelanggan. Unikkan?

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.