Ruang Solat Muslim Prayer Room Di Emporium Bangkok
|Sebenarnya di Thailand, pihak pengurusan di pasaraya-pasaraya terkenal di Bangkok sememangnya berusaha untuk memberikan servis terbaik kepada pelanggan-pelanggan yang singgah di gedung membeli-belah mereka. Di Bangkok misalnya, ada banyak gedung membeli belah menyediakan kemudahan Ruang Solat Muslim Prayer Room untuk kemudahan pelanggan mereka orang Islam.
Seperti jugak di Emporium, gedung membeli belah terkenal di Bangkok ini. Untuk pengetahuan anda, di Emporium Bangkok juga mereka menyediakan satu ruang khas untuk orang Muslim solat di Ruang Solat Muslim Prayer Room yang terletak di Tingkat 2 bangunan Emporium Bangkok.
Nak cari pakej bilik hotel yang murah dan mudah di Bangkok? Cari di AGODA
Muslim Prayer Room Di Emporium
Muslim Prayer Room Di Emporium
Ruang solat muslim prayer room di Emporium Bangkok ini memang agak selesa dan ia memang dijaga dengan kemas. Pertama kali melihat ruang solat ini memang ia amat memudahkan umat Islam yang berada di shopping mall Emporium Bangkok ini untuk menunaikan solat.
Ada ruang solat muslim prayer room yang lebih menarik, mereka menyediakan minuman Air Suam, Teh dan Kopi PERCUMA untuk pengguna-pengguna ruang solat tersebut. Bagus kan???
Jadi, kalau anda ke Bangkok khususnya, tidak perlu risau dengan tempat untuk solat kerana di kebanyakkan shopping mall yang besar di Bangkok, sememangnya menyediakan satu, dua atau lebih ruang solat untuk kemudahan pelanggan-pelanggan Muslim mereka.