Rumah Api Pulau Lengkuas Mercusuar Di Belitung Indonesia
|Apa yang menarik di Pulau Belitung? Ada banyak. Yang pasti, menjadi tumpuan ramai ialah Rumah Api Pulau Lengkuas Mercusuar Di Belitung Indonesia. Ia menjadi satu kebanggaan warga Kepulauan Belitung dengan terdirinya bangunan setinggi 18 tingkat ini. Lebih mengagumkan, ia sudah terbina sejak tahun 1882 lagi, sejak zaman penjajahan Belanda di Indonesia.
Pulau Lengkuas adalah salah satu pariwisata terkenal di Kepulauan Bangka Belitung. Pulau ini merupakan satu dari ratusan pulau yang mengelilingi Pulau Belitung. Daya tarikan utama di pulau ini adalah sebuah bangunan rumah api, mercusuar unik yang dibangun oleh pemerintah Kolonial Belanda pada tahun 1882.
Baca : Tempat Menarik di Pulau Belitung Indonesia Sekolah Unik
Rumah Api Pulau Lengkuas Mercusuar Di Belitung
Jangan tak tahu, walaupun menara rumah api ini sudah tua, tapi sehingga saat ini, rumah api tersebut masih berfungsi dengan baik. Ia dijadikan sebagai ‘juruarah’ lalu lintas kapal yang melewati atau keluar masuk Pulau Belitung.
Secara spesifik, lokasi dari Pulau Lengkuas ini berada di sebelah utara Pantai Tanjung Kelayang di Kepulauan Belitung. Tak dinafikan, keindahan panoramanya yang dihiasi dengan banyaknya batu-batu granit yang unik, pasir putih dan air laut yang jernih. Ini yang menjadi daya tarikan tersendiri bagi pelancong yang berkunjung ke Pulau Belitung. Pulau kecil ini sebenarnya boleh dikelilingi dalam masa 20 minit sahaja, melalui laluan Tanjung Binga mahu pun Tanjung Kelayang.
Untuk makluman, jika anda ke Pulau Lengkuas, selain menikmati pemandangan pantai yang indah, biasanya pengunjung akan melakukan aktiviti snorkeling atau selam skuba. Perairan Pulau Lengkuas punyai banyak spot diving yang cantik dan terbaik. Kalau anda bernasib baik, anda mungkin akan berjumpa dengan Penyu Hijau.
Sebab pulau ini kecil, pengunjung di saran menjaga kebersihan sepanjang masa. Elakkan dari membuang sampah, merosakkan tumbuhan serta batu batu karang sekitar pulau.
Ini untuk memastikan anda dan pelancong lain akan sentiasa dapat melihat pemandangan sekitar Pulau Lengkuas sentiasa cantik dan menarik sampai bila-bila.
Jom travel ke Pulau Lengkuas di Kepulauan Belitung, Indonesia #WonderfulIndonesia. Untuk pakej travel murah dan bajet ke Indonesia, anda boleh hubungi Travel Agent Sahabat Konvoi di talian +6011 4005 8875
Apa lagi yang menarik di Pulau Belitung?
Baca kisah menarik di Belitung Indonesia di sini http://www.mrjocko.com/2016/11/apa-yang-menarik-di-pulau-belitung-indonesia.html