Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Rumah Kartun Dan Komik Malaysia Taman Botani KL

Minggu lepas, baru berkesempatan untuk bawa anak-anak ke Rumah Kartun Dan Komik Malaysia Taman Botani KL. Lokasi unik tentang kartun ini telah lebih 2 tahun dibuka di Kuala Lumpur, tetapi masih kurang promosi dikalangan pelancong tempatan dan pelancong antarabangsa.

Rumah Kartun & Komik Malaysia ini adalah sebuah bangunan muzium untuk hasil seni seperti kartun, karikatur dan juga komik Malaysia. Bangunan ini menempatkan galeri dan arkib bagi mendekatkan masyarakat kepada seni kartun dan komik negara. Rumah ini telah mula dibuka kepada orang ramai pada tarikh 1 April 2017.

Baca : Kartun Kegemaran Saya Sejak Dahulu

 


Rumah Kartun Dan Komik Malaysia Taman Botani KL

rumah kartun dan komik malaysia taman botani 01 copy

rumah kartun dan komik malaysia taman botani 02
Rumah Kartun & Komik Malaysia

 

Untuk informasi ringkas, di sini, Rumah Kartun dan Komik Malaysia menghimpunkan sejarah perkembangan seni kartun dan komik sejak zaman silam bermula pada awal 1930-an sehingga ke karya mutakhir.

Tiket masuk ke Rumah Kartun cuma RM5 sahaja. Itupun hanya untuk sumbangan dalam menjaga bangunan dan khazanah ini supaya ia terus dikembangkan kepada generasi yang akan datang.

rumah kartun dan komik malaysia taman botani 03

rumah kartun dan komik malaysia taman botani 04

rumah kartun dan komik malaysia taman botani 05

Dalam bangunan ini sebenarnya tersimpan banyak karya-karya kartunis terkenal tanahair seperti Dato Lat, Ujang, kartunis dari Majalah Gila-Gila dan banyak lagi kartunis terkenal Malaysia yang mungkin anda tak pernah dengar namanya.

Antara yang selalu MrJocko dengar dan baca hasil karya kartunis Malaysia, termasuk Kartunis Aie, Petai, Lengkuas, Manggis, Ambo, Boy PJ, Cabai (Kartunis Wanita), Din Beramboi, Duku, Fatah, Gayour, Jaafar Taib dan ramai lagi.

Baca : MrJocko dan Tempat Best di Kuala Lumpur

rumah kartun dan komik malaysia taman botani 06

rumah kartun dan komik malaysia taman botani 07

rumah kartun dan komik malaysia taman botani 08

Zaman kegemilagan Kartunis Malaysia, semasa Majalah Gila-Gila, Majalah Ujang, Majalah Lanun dan beberapa majalah lain. Ketika itu antara tahun 1980-an hingga awal tahun 2000-an. Masa ini, kartunis antara Selebriti Popular hampir setanding pelakon dan penyanyi.

Kini, sejak memasuki zaman digital, populariti Kartunis semakin menurun dan diganti dengan inflencer dan juga selebriti.

Kalau dulu, kartunis lah yang merakamkan gambar dalam bentuk lukisan sketch dan diterjemahkan dengan lawak-lawak kelakar untuk membuatkan pembaca ketawa. Bukan senang, tetapi itulah realiti ketika zaman Majalah tengah terkenal.

Zaman sekarang, ia lebih kepada lawak TV, lawak Facebook, lawak YouTube dan macam macam lagi dalam bentuk Video dan digital.

Kalau ada masa, singgah la di Rumah Kartun dan Komik Malaysia. Ruang parkir senang, lokasi tengah Kuala Lumpur dan berbaloi untuk habiskan masa separuh hari di sini untuk sejarah Kartun di Malaysia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.