Rumah Tradisional Dusun Lotud Dan Rumah Atas Pokok Tuaran
Pasti tidak lengkap kalau anda ke Tuaran tidak singgah di Rumah Tradisional Dusun Lotud Dan Rumah Atas Pokok Tuaran. Kedua-duanya berada di lokasi yang bersebelahan, bersempadan sahaja dengan pekan Tuaran. Nak ke sini, anda boleh terus hubungi tuan punya Ms Salome Dominus. InsyaAllah, beliau boleh membantu anda sebaiknya.
Pertama kali singgah di rumah tradisional Suku Kaum Dusun Lotud ini, memberikan MrJocko satu lagi pengalaman baru. Rupanya, beginilah rumah tradisi suku kaum Dusun Lotud. Ia agak tinggi, punyak beberapa tingkat dan punyai ruang bersantai yang agak besar di luar.
Baca : Tempat Tempat Menarik Di Negeri Sabah
Rumah Tradisional Dusun Lotud
Mungkin ramai tidak tahu, rumah tradisional Dusun Lotud yang diusahakan oleh Ms Salome ini boleh disewa. Ia umpama Homestay yang membolehkan anda sekeluarga atau rakan rakan menginap disini, di rumah tradisi kaum Dusun Lotud.
Harga pakej bermalam di sini berpatutan. Anda boleh memilih untuk bermalam seperti biasa, atau nak pakej bermalam dengan aktiviti sampingan termasuk berbasikal di sekitar kampung dan perjalanan untuk ke kaki Gunung Kinabalu.
Unik tentang binaan rumah tradisional Dusun Lotud ini ialah binaan rumah yang simple tetapi ia selesa. Jangan terkejut, bila anda masuk sahaja ke beranda rumah ini, anda akan rasa sejuk dan dingin, walaupun di luar rasa panas.
Bila malam, memang akan rasa sejuk dan umpama tidur di dalam bilik yang mempunyai aircond. Sebab itu, bila anda menginap di sini, anda akan terasa betul-betul pengalaman menginap di Sabah, negara di bawah bayu.
Tidak jauh dari sini, sebelah sahaja ada Rumah Atas Pokok Tuaran. Ia lebih dikenali sebagai Rumah Atas Pokok Kampung Sawah, Tuaran. Rumah ini dibina untuk menjadi tarikan kepada pelancong yang berminat untuk mengenalinya. Ia usaha yang berterusan yang patut diberikan pujian kepada pemiliknya kerana berusaha dalam mempromosikan produk pelancongan di Sabah.
Kalau ke Tuaran, jangan lupa cari lokasi Rumah Atas Pokok Tuaran ini. Jangan risau, ia mudah sahaja untuk dicari kerana ia berada ditepi jalan utama Kampung Sawah, Tuaran, Sabah.
Selamat Melancong ke Sabah 🙂 oleh Sabah Tourism
Related Posts
-
Ibadah Korban AidilAdha Tahun Hijriah 1435No Comments | Oct 5, 2014
-
Beli Kereta Mahal Boleh, Bayar PTPTN Tak BolehNo Comments | Feb 24, 2012
-
Kereta Satria Neo WWW1 Warna Oren Kemalangan2 Comments | Jul 28, 2012
-
1st and 2nd Day Raya at JBNo Comments | Oct 25, 2006
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.
Add a Comment
Cancel reply
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.