Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Rumah Tradisional Mbaru Niang Wae Rebo Binaan Unik Dan Mengagumkan

Pertama kali melihat Rumah Tradisional Mbaru Niang Wae Rebo Binaan Unik Dan Mengagumkan. Semua tetamu yang melawat perkampungan Wae Rebo di Kepulauan Flores ini pasti akan terpesona melihat reka bentuknya yang sangat lain dari rumah tradisional sebelum ini.

Rumah tradisional Wae Rebo ini berbentuk Kon yang nampak sangat ‘simple’ tetapi punyai struktur binaan yang unik dan tersendiri. Setiap lantai yang dibina, punyai fungsi yang berbeza.

Baca : Tempat-Tempat Popular Di Indonesia

Rumah Tradisional Mbaru Niang Wae Rebo

Rumah Tradisional Mbaru Niang Wae Rebo Binaan Unik Dan Mengagumkan
 

Rumah Tradisional Mbaru Niang adalah rumah adat masyarakat Wae Rebo yang berada di Pulau Flores Indonesia. Rumah adat Mbaru Niang ini sangat unik kerana ia berbentuk kerucut (kon) dan memiliki 5 lantai dengan ketinggian sekitar 15 meter.

Rumah adat Mbaru Niang Wae Rebo ini sangat ‘rare’ jarang dijumpai kerana hingga kini, ia hanya tinggal beberapa buah binaan sahaja dan hanya terdapat di kampung adat Wae Rebo terpencil di atas pergunungan Menggarai.

Atas usaha ramai pihak, rumah ini berjaya dikonservasi dan telah mendapat penghargaan tertinggi kategori konservasi warisan budaya dari UNESCO Asia-Pasifik tahun 2012 dan menjadi salah satu calon peraih Penghargaan Aga Khan untuk Arsitektur tahun 2013.

Info : Wikipedia Indonesia https://id.wikipedia.org/wiki/Mbaru_Niang
 

Rumah Tradisional Mbaru Niang Wae Rebo Binaan Unik Dan Mengagumkan

Rumah Tradisional Mbaru Niang Wae Rebo Binaan Unik Dan Mengagumkan
 

Rumah Mbaru Niang berbentuk kerucut (kon) dengan atap yang hampir menyentuh tanah. Atap yang digunakan rumah adat Mbaru Niang ini menggunakan daun lontar. Mirip rumah adat “honai” di Papua, Mbaru Niang adalah rumah dengan struktur yang cukup tinggi, berbentuk kerucut yang keseluruhannya ditutup daun ijuk.

Untuk informasi korang, Mbaru Niang memiliki 5 tingkat dan dibuat dari jenis kayu worok dan bambu (buluh) serta dibangunkan tanpa menggunakan paku. Tali rotan yang kuat digunakan untuk mengikat tiang penting bangunan. Setiap rumah adat Mbaru Niang dihuni enam hingga lapan keluarga.

Setiap lantai rumah Mbaru Niang Wae Rebo memiliki ruangan dengan fungsi yang berbeza-beza mengikut keperluan, iaitu:

  • tingkat pertama disebut lutur digunakan sebagai tempat tinggal dan berkumpul dengan keluarga
  • tingkat kedua berupa loteng atau disebut lobo berfungsi untuk menyimpan bahan makanan dan barang-barang sehari-hari
  • tingkat ketiga disebut lentar untuk menyimpan benih-benih tanaman pangan, seperti benih jagung, padi, dan kekacang
  • tingkat keempat disebut lempa rae disediakan untuk stok pangan apabila terjadi musim kemarau,
  • tingkat kelima disebut hekang kode untuk tempat sesajian persembahan kepada leluhur.

 

Rumah Tradisional Mbaru Niang Wae Rebo Binaan Unik Dan Mengagumkan Rumah Tradisional Mbaru Niang Wae Rebo Binaan Unik Dan Mengagumkan Rumah Tradisional Mbaru Niang Wae Rebo Binaan Unik Dan Mengagumkan

 

Mengikut kata Ketua Adat, Pak Alex, sebuah rumah adat Mbaru Niang ini boleh disiapkan hanya dalam masa 2 bulan, jika kelengkapannya tersedia. Mereka akan bergotong royong satu kampung untuk menyiapkan rumah adat bersama-sama tanpa mengharapkan sebarang upah.

Nak naik ke bukit yang terletaknya Kampung Wae Rebo ni tidak la susah sangat. Boleh baca pengalaman MrJocko di sini http://www.mrjocko.com/2017/09/daki-bukit-perkampungan-wae-rebo.html. Tetapi, untuk ke kaki bukit, kawasan Kampung Denge, ia satu perjalanan yang sangat jauh dari Labuan Bajo dan Bandar Udara Komodo.

Kalau anda seorang pengembara tegar, ini semua pasti tidak ada masalah. Ia satu pengalaman baru dan sangat berbeza dari pengembaraan Media Trip MrJocko sebelum ini.

Baca : Kisah Perjalanan Kami di Wae Rebo Pulau Flores Indonesia

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.