Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Rupanya Laki Arwah Yang Bunuh

“La… rupanya laki arwah yang bunuh…” begitulah reaksi ramai bila mendapat berita semalam yang suami Arwah Nur Syaleza Jaffar, Eksekutif Pentadbiran TV9 yang mati minggu lepas, yang pada mulanya di katakan membunuh diri.
Hasil siasatan pihak polis membawa kepada penahanan suami mangsa Norazman Bashah, yang merupakan suspek utama dalam kes kematian Syaleza yang kemudiannya di klasifikasikan sebagai kes bunuh. Katanya hasil bedah siasat mangsa mati akibat di jerut.

Kenapa dan mengapa arwah Syaleza di bunuh memang menjadi tanda tanya semua orang. Ada yang kata mereka selalu bergaduh sebelum ini. Rakan suspek pula mengatakan suspek, Norazman Bashah seorang yang sangat baik, lembut dan tak mungkin boleh membunuh. Kenapa seorang suami sanggup membunuh isteri sendiri dan arwah di perlakukan sehingga begitu. Hanya Allah yang tahu.
Apapun, suami mangsa belum di sabitkan kesalahan, masih lagi belum dibuktikan kesalahannya. Harap-harap kebenaran akan menjadi petunjuk kepada kes-kes kematian seperti ini.

MrJocko.com

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.