Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Review Rusutsu Resort Hotel Convention Hokkaido

Pulau Hokkaido adalah lokasi percutian musim sejuk yang menjadi pilihan ramai pelancong dalam dan luar dari negara Jepun. Kualiti salji di sini dikatakan antara yang terbaik di dunia. Sebab itu, untuk menjadikan ia percutian terbaik musim sejuk, saya syorkan anda menginap di Rusutsu Resort Hotel Convention Hokkaido. Ia adalah antara 4 Star hotel terbaik di Hokkaido.

Bukan sahaja menempatkan bilik hotel, di Rusutsu Resort Hotel Convention ini juga mempunyai ruang convention (persidangan) yang agak besar, taman tema (amusement park), padang golf, aktiviti musim panas, aktiviti sukan musim sejuk, restoran dan juga pelbagai aktiviti sampingan di sekitar resort.

Layari laman wen rasmi http://www.hokkaido-rusutsu.com

Rusutsu Resort Hotel Convention Hokkaido

Hotel Review Rusutsu Resort Hotel Convention Hokkaido

Selain dari yang telah disebutkan, di Rusutsu Resort Hotel Convention juga ada kemudahan Onsen Public Bath dan juga Indoor Wave Pool untuk semua tetamu hotel dan juga ruangan Aroma Treatment.

Hotel ini mempunyai 5 pilihan bilik untuk semua tetamu. Anda boleh memilih untuk menginap di bilik Standard Twin Room, Standard Triple Room, Japanese Style Room, Deluxe Family Room dan juga Junior Suite Room. Setiap bilik punyai keistimewaan tersendiri.

Hotel Review Rusutsu Resort Hotel Convention Hokkaido

Hotel Review Rusutsu Resort Hotel Convention Hokkaido

Hotel Review Rusutsu Resort Hotel Convention Hokkaido

Hotel Review Rusutsu Resort Hotel Convention Hokkaido

Hotel Review Rusutsu Resort Hotel Convention Hokkaido

Hotel Review Rusutsu Resort Hotel Convention Hokkaido

Hotel Review Rusutsu Resort Hotel Convention Hokkaido

Hotel Review Rusutsu Resort Hotel Convention Hokkaido

Rusutsu Resort Hotel Convention Hokkaido

Hotel Review Rusutsu Resort Hotel Convention Hokkaido

Bilik yang MrJocko inap kali ini ialah bilik Standard Twin Room. Ia memang selesa dengan saiz bilik yang besar, punyai ruang tambahan yang diletakkan sofa dan juga saiz bilik air yang luas berbanding bilik biasa di Jepun.

Untuk saiz bilik Standard Twin Room di Rusutsu Resort Hotel Convention Hokkaido, ia bermula dengan harga sekitar JPY20,700 (MYR742) termasuk Sarapan Pagi untuk 2 orang.

Dengan harga seperti ini, ia sangat berbaloi dengan kemudahan dan persekitaran Rusutsu Resort Hotel yang memang cantik sepanjang tahun, lebih lagi bila tiba musim sejuk.

Sekitar hotel ini akan dipenuhi dengan salji yang memutih. Di beritahu, ada satu masa, setinggi 11 meter salji memenuhi ruang luar sekitar hotel ini bila tiba musim kemuncak ‘winter’ di Hokkaido.

Samada anda melancong ke Hokkaido bersama rakan atau keluarga, ia adalah salah satu destinasi terbaik untuk semua pelancong. Terdapat banyak kemudahan dan pilihan aktiviti sukan boleh anda pilih selama menginap di Rusutsu Resort Hotel Convention Hokkaido.

Kalau ada peluang, cuba aktiviti bermain Snow Mobile, Ski dan juga Snow Boarding di sekitar resort dengan pakej sewa peralatan yang berbaloi.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.