Site icon Travel Blogger Malaysia

Sabun Dettol Gold 100% Lebih Perlindungan Untuk Keluarga

dettol

Sabun Dettol Gold

Mencari produk penjagaan yang terbaik? Ibubapa di Malaysia kini boleh menggunakan produk baru yang lebih baik dengan 100% lebih perlindungan kepada keluarga mereka dengan Sabun Dettol Gold 100% yang baharu. Jenama Dettol yang sudah lama diyakini, kini tampil dengan produk penjagaan kebersihan badan yang telah dipertingkatkan.

Sabun Dettol Gold 100% lebih perlindungan untuk keluarga anda adalah produk inovatif yang diformulasikan untuk menjadikannya produk mandian badan yang jauh lebih baru dari jenama lain. Dettol Gold didatangkan dengan variasi mandian badan, sabun buku dan juga cecair cucian tangan dengan pilihan Classic Clean yang berwarna keemasan dan Daily Clean yang berwarna hijau.

Baca : Sabun Mandi Untuk Orang Lelaki

 


Sabun Dettol Gold 100% Lebih Perlindungan

Sabun Dettol Gold
 

Mr Matias Caride, Marketing Director RB Malaysia dan Singapura menegaskan, “Untuk orang Malaysia, Dettol mengembalikan kenangan kanak-kanak mereka dengan kebiasaan ibubapa menyapu Dettol sebagai anti septik jika terluka atau kulit yang terkoyak akibat kecederaan. Ini membuktikan jenama Dettol dipercayai dari dulu dalam membersihkan kotoran dan kuman sehingga menjadikannya produk membasmi kuman Nombor #1 di Malaysia. Kini, pelancaran produk mandian Dettol Gold ini sebagai inovasi terbesar jenama Dettol.”

Sabun Dettol Gold

 

Sabun Dettol Gold 100% Lebih Perlindungan

Sebagai ibubapa, sudah pasti mereka akan memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Dengan Dettol Gold 100%, mereka akan lebih yakin dan akan lebih terjaga dalam menjaga kebersihan diri samada dirumah dan ketika diluar.

Scha Al-Yahya, sebagai Selebriti dan Ibu Moden, memahami betapa pentingnya dalam menjaga kesihatan dan kebersihan sekeluarga. Anak beliau Lara Alana, menjadi sesuatu yang penting untuk beliau dan suaminya, Awal Ashaari. Sebab itu, kebersihan diri beliau dengan menggunakan Dettol Gold amat dititikberatkan supaya beliau tidak membahayakan anaknya dengan bakteria atau kuman merbahaya.

MrJocko juga, kalau boleh seharian di luar, mahu pastikan diri bersih dari kuman sebelum bersama anak-anak. Bakteria dan Kuman ada dimana-mana, jadi mencegah dari ia merebak adalah satu cara terbaik. Caranya, sudah pastilah dengan mandian dan cucian Dettol Gold.

Dettol Gold Bar Soap dijual dengan harga RM 6.95 untuk 65g x 3pcs dan RM10.45 untuk 105g x 3pcs. Manakala Dettol Gold Liquid Hand Wash dijual dengan harga RM7.45 dalam saiz 700ml. Dettol Gold Body Wash boleh di dapati dalam saiz 250ml Harga RM8.45, saiz 500ml Harga RM15.45 dan saiz 950ml dengan Harga RM23.95. Untuk paket refill, saiz 950ml ia cuma bernilai RM18.95 sahaja.

Exit mobile version