Site icon Travel Blogger Malaysia

Safee Sali mungkin sertai Malaysia vs Hong Kong

photo-742007
Penyerang sensasi negara dan juga kelab Pelita Jaya, Indonesia, Safee Sali menyatakan hasrat untuk sertai pasukan negara, Malaysia dalam perlawanan persahabatan menentang Hong Kong.
Bekas penyerang Selangor dan kini bintang penyerang di Pelita Jaya kini menjadi tonggak utama pasukan negara dalam barisan hadapan negara. Dengan persembahan 5 gol dalam 8 penampilan beliau ketika bersama Pelita Jaya setakat ini, menjadikan beliau antara penyerang terbaik setakat ini yang mampu mengemudi jentera serangan Malaysia menentang Hong Kong.
Jadual perlawanan yang ketat di Pelita Jaya mungkin membantutkan sedikit peluang Safee Sali beraksi untuk negara, namun dengan rundingan yang betul, rasanya pihak Pelita Jaya tidak punya masalah untuk melepaskan Safee Sali untuk bersama pasukan negara sekejap.
Populariti Safee Sali juga semakin memuncak apabila dipilih oleh Ketua Pengarah Eksekutif Tune Talk, Mr Jason Lo sebagai duta Tune Talk bersama2 dengan Khairul Fahmi, penjaga gol pasukan Kelantan dan Malaysia.
Exit mobile version