Safi Rania Gold Beetox Produk Kecantikan Teknologi Baru Safi Malaysia
|Produk kecantikan jenama Safi Rania Gold sudah lama terkenal dikalangan wanita Malaysia. Wife MrJocko sendiri guna produk Safi Rania Gold yang mana katanya ia lebih mesra dengan kulit orang Asia. Kali ini, dengar kata mereka ada produk baru yang di beri nama Safi Rania Gold Beetox Produk Kecantikan Teknologi Baru Safi Malaysia.
Semalam, MrJocko turut hadir dalam majlis pelancaran rangkaian produk terbaru Safi Malaysia bertempat di Grand Ballroom, The Garden Hotel. Safi Rania Gold Beetox Technology diberitakan mempunyai ekstrak kualiti Nano Gold 24K bersama Amino Peptide. Bahan ini bertujuan untuk memberikan kesan berganda untuk meningkatkan penghasilan kolagen sebanyak dua kali ganda.
Safi Rania Gold Beetox
Kandungan Bisa Lebah (venom) ini digabungkan dengan madu lebah, Royal Jelly dan juga propolis untuk menguatkan struktur dalaman kulit. Fungsi ini akan membantu dalam melambatkan kesan-kesan penuaan. Bila lambat alami penuaan, ia akan melambatkan seseorang itu ‘tua’ dibahagian kulit.
Mengikut fakta, kesan penuaan akan mula seawal umur 15 tahun lagi. Sebab itu, pencegahan dan langkah awal dapat membantu dalam mengawal keremajaan kulit.

Selain itu, kata pakar, produk yang mengandungi Vitamin C dan NutrixBright Complex dapt membantu dalam mencerahkan kulit wajah. Bukan senang, tetapi kalau djaga sebaiknya, kulit akan lebih putih dan cerah dari dalam.
Selain itu, banyak produk yang dihasilkan oleh Safi Malaysia, khususnya Safi Rania Gold Beetox ini adalah untuk melawan pigmentasi dan mencerahkan tona kulit seterusnya memberi keserian pada wajah pemakai.
Mengambil inspirasi dari gabungan teknoligi dan juga alam semulajadi, produk Safi Malaysia, Safi Rania Gold berbangga memperkenalkan Nano Gold 24K dengan teknologi Beetox. Nano Gold 24K ini bersulamkan amino peptide yang akan memberikan hasil aksi berganda bagi meningkatkan proses sintesis kolagen I dan III serta seterusnya meningkatkan penghasilan kolagen 2 kali ganda.
Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Safi Malaysia http://safi.com.my atau Facebook Fanpage Safi Malaysia https://www.facebook.com/SAFI.MY/
Baca juga : Pembersih Muka Terbaru Safi Men Fattah Amin