Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Kehijauan Sagano Bamboo Forest Di Arashiyama Yang Memukau

Siapa sahaja yang lihat kehijauan dan keindahan hutan buloh di sini, tentu akan terpesona. Inilah Kehijauan Sagano Bamboo Forest Di Arashiyama Yang Memukau sesiapa sahaja yang melancong ke sini, Kyoto Prefecture.

Berkembang dan tumbuh tinggi disekitar laluan Sagano, Arashiyama sekitar Kyoto, Sagano Bamboo Forest adalah lokasi tumpuan pelancong yang semakin terkenal seluruh dunia. Berada di Bamboo Forest ini membuatkan anda tenang seketika. Tambah pula dengan cuaca dan udara yang nyaman membuatkan anda terasa umpama berada di alam khayalan.

Baca : Restoran Terkenal Yang Menyediakan Menu Tradisional Jepun di Kyoto

 


Sagano Bamboo Forest Di Arashiyama Kyoto Osaka Japan

Sagano Bamboo Forest di Arashiyama
 

Hanya 30 minit dari pusat bandar Kyoto yang sibuk, korang boleh ambil bas atau teksi untuk ke Arashiyama. Tetapi, cara paling mudah dan murah untuk ke Arashiyama Bamboo Forest ini ialah dengan jaringan keretapi dan berhenti di Saga-Arashiyama Station.

Lepas tu, kalau nak ke Bamboo Forest ini, cuma jalan kaki sekitar 5 minit dan anda akan sampai di kawasan rimbunan pokok buloh ini di hadapan anda bersebelahan dengan Tenryuji Temple. Tak jauh, jalan sekejap sahaja dah sampai. Lagipun suhu yang agak sejuk tidak akan membuatkan anda terasa penat berjalan seharian.
 

Sagano Bamboo Forest Di Arashiyama
 

Wife MrJocko antara yang paling gembira bila melancong ke Sagano Bamboo Forest di Arashiyama ini. Kenapa tidak, melihat sendiri keindahan lokasi popular dan tempat menarik di Kyoto ini memang membuatkan sesiapa sahaja akan teruja.

MrJocko sendiri memang bersyukur sangat kerana berpeluang melancong ke sini. Sudah pasti, Arashiyama adalah lokasi wajib singgah kalau anda ke Kyoto dan Osaka. Senan sahaja nak naik keretapi dari stesen ke sini. Boleh semak jadual dan laluan yang ada di Kyoto dan Osaka.
 

Sagano Bamboo Forest Di Arashiyama Sagano Bamboo Forest Di Arashiyama Sagano Bamboo Forest Di Arashiyama

Antara masa terbaik untuk melancong ke Sagano Bamboo Forest ialah musim winter. Katanya pemandangan winter di Sagano Bamboo Forest menakjubkan. Kalau bukan musim winter, pastikan anda singgah sini waktu tengahari ketika matahari menegak memancar cahaya. Menarik!!!

Sayang sekali, masa kami sampai di Bamboo Forest ini, keadaan cuaca agak mendung dan sedikit bersalji. Tetapi sedikit sahaja. 

Tak apa, InsyaAllah, kalau ada rezeki semoga diberikan keizinan untuk MrJocko dan Wife bawa anak-anak kembali untuk bercuti ke Osaka dan Kyoto sekali lagi.

 

Sagano Bamboo Forest Di Arashiyama

Kredit Photo : www.piriyaphoto.com

Yang pasti, ini memang antara lokasi utama dan wajib anda lawat kalau ke Kyoto. Berbaloi singgah di sini. Sedikit sebanyak boleh melihat keunikkan pokok buloh ini yang hanya tumbuh disekitar ini. Ada juga cerita menarik tentang hutan bukit sebelah Sagano Bamboo Forest ini. InsyaAllah MrJocko akan ceritakan di lain artikel.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.