Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Saigon Central Post Office Di Ho Chi Minh Ikon Yang Menakjubkan

Semasa pertama kali ke bandar Ho Chi Minh, MrJocko tak sempat nak singgah di sini. Tetapi, kali ini barulah berkesempatan untuk singgah di Saigon Central Post Office Di Ho Chi Minh, satu tempat menarik di Vietnam. Semestinya, bangunan lama ini menjadi Ikon Yang Menakjubkan di negara Vietnam.

Saigon Central Post Office atau Pejabat Pos Pusat Saigon ini adalah sebuah bangunan ikonik yang beroperasi sebagai pejabat pos besar di pusat bandar Ho Chi Minh. Lokasinya terletak di tengah bandar dan berhampiran dengan Basilika Saigon Notre-Dame.

Baca : Muzium Terkenal di Vietnam

Saigon Central Post Office

Saigon Central Post Office Di Ho Chi Minh

 

Kalau nak ikut sejarah, bangunan ini dibina apabila Vietnam menjadi sebahagian daripada Indochina Perancis pada akhir abad ke-19. Mengikut struktur binaannya, ia mempunyai rekaan dan binaan dari pengaruh Gothic, Renaissance dan Perancis. Info mengatakan ia dibina antara tahun 1886-1891. Kini, bangunan Saigon Central Post Office di Ho Chi Minh ini menjadi tarikan pelancong samada dari dalam atau luar negara.

Pertama kali melihat bangunan Pejabat Pos Pusat Saigon ini, bagi seorang pengembara pasti akan turut terasa teruja. Bangunan lama dilihat dari luar tetapi dari dalam melihat pelbagai keunikkan rekaan yang menarik dan cantik.

Ada banyak cerita saya tentang Ho Chi Minh di sini http://www.mrjocko.com/tag/ho-chi-minh

 

Saigon Central Post Office Di Ho Chi Minh Saigon Central Post Office Di Ho Chi Minh Saigon Central Post Office Di Ho Chi Minh Saigon Central Post Office Di Ho Chi Minh

 

Tak kira samada korang dari Asia atau Eropah, pasti kecantikkan dan keunikkan bangunan ini akan memikat hati korang semua. Bergambar kenangan di sini adalah kemestian. Berlatarbelakangkan bangunan lama berwarna lembut kekuningan.

Dalam bangunan pula ada banyak kaunter untuk urusan biasa pejabat pos termasuk urusan membeli setem, pengeposan, bayaran bil, perbankan dan beberapa kiosk menjual barangan Souvenir di Vietnam.

Kalau nak bergambar di dalam bangunan ini pun boleh kata cantik dengan latarbelakang rekaan interior design bangunan Pejabat Pos Pusat Saigon ini.

Saigon Central Post Office Wikipedia https://en.wikipedia.org/wiki/Saigon_Central_Post_Office

 

Saigon Central Post Office Di Ho Chi Minh

 

Di luar kawasan bangunan ini ada banyak lagi kiosk yang menarik untuk korang kunjungi termasuk gerai deretan kedai buku dan beberapa Cafe termasuk Hard Rock Cafe dan Starbucks.

Berbaloi untuk singgah ke sini, tambahan lagi ia terletak berdekatan dengan pusat bandar dan ‘easy access’. Sudah pasti ini antara lokasi paling utama wajib lawat kalau ke Vietnam.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.