Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Tempat Shopping Di Vietnam Saigon Square Ho Chi Minh

Syurga membeli belah Asia ada di Vietnam. Sebab tu ramai orang Malaysia sanggu terbang jauh ke Vietnam untuk beli banyak barang secara borong dan ber’bisnes’ di Malaysia. Antara Tempat Shopping Di Vietnam ialah di Saigon Square Ho Chi Minh. Antara tempat lama yang masih lagi menjadi tumpuan pelancong.

Terletak tak jauh dari pasar terkenal Ben Thanh Market. Hanya 5 minit jalan kaki sudah nampak bangunan lama ini. Bangunan Saigon Centre di hadapan Saigon Square Ho Chi Minh seakan menenggelamkan popularity bangunan ini dari hari ke hari.

Baca : Tempat Beli Kain Pasang Murah Di Ho Chi Minh Vietnam

 



 

Saigon Square Ho Chi Minh

Tempat Shopping Di Vietnam Saigon Square Ho Chi Minh
 

Namun kalau nak tahu, kalau 10 tahun yang lepas, Saigon Square antara tempat shopping yang menarik tumpuan orang Malaysia dan tempatan untuk membeli barangan seperti pakaian, aksesori, kasut dan banyak lagi produk murah yang di jual di Ho Chi Minh.

Setahu MrJocko, kalau nak shopping dulu-dulu, orang Malaysia akan ke Ben Thanh Market dan kemudian ke Saigon Square. Kedua-dua tempat shopping ini mudah untuk cari barang dan melakukan aktiviti tawar menawar dalam urusniaga jual beli.

 

Tempat Shopping Di Vietnam Saigon Square Ho Chi Minh Tempat Shopping Di Vietnam Saigon Square Ho Chi Minh Tempat Shopping Di Vietnam Saigon Square Ho Chi Minh

 

Kalau sekarang, paling ketara di sini ada banyak pakaian baju T-Shirt dan pakaian wanita. Selain tu, nampak macam banyak juga aksesori wanita dan juga aksesori telefon. Tetapi kalau tak silap, produk aksesori telefon memang di dominasi import dari negara China. Tetapi kalau pakaian, banyak lagi produk yang dibuat dari Vietnam dan semestinya dijual dengan harga yang lebih murah berbanding Malaysia.

Kebanyakkan produk yang dijual di sini adalah ‘imitation’. Maknanya, boleh dikatakan produk ini produk tiruan tetapi mempunyai kualiti yang bagus. Kalau pandai pilih, memang bayar murah tetapi boleh dapat produk berkualiti.

 

Tempat Shopping Di Vietnam Saigon Square Ho Chi Minh Tempat Shopping Di Vietnam Saigon Square Ho Chi Minh

 

Menarik di Ho Chi Minh www.mrjocko.com/tag/ho-chi-minh

Dari pengamatan MrJocko, nampak seperti Saigon Square semakin kurang dikunjungi pengunjung. tambah lagi popularitynya semakin menurun, kedai dah tak banyak dan dihadapannya bersaing dengan Shopping Mall besar Saigon Centre yang lebih eksklusif dan mewah.

Kalau sekadar nak singgah dan nak kenal, mungkin boleh la ke sini. Tetapi, kalau nak shopping, pilihan masih banyak di Ben Thanh Market dan juga Pasar Malam Ben Thanh.

Bezanya di Saigon Square, ia dibuka sehingga jam 9.00 malam tidak seperti Ben Thanh Market yang hanya dibuka pada waktu siang sahaja.

Kalau nak cari pakej percutian murah di dan dipercayai di Vietnam, boleh hubungi Victoria Tourism Vietnam www.victoriatourism.con.vn

 

Tempat Shopping Di Vietnam Saigon Square Ho Chi Minh

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.