Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Saiz Lokan Ini Memang Besar Memang Berbaloi Beli

Dah lama tak nampak saiz LOKAN sebesar ini. Kalau masa MrJocko kecil, saiz cuma sebesar ibu jari kaki. Tempat kami di panggil etok. Tetapi saiz Lokan yang MrJocko tengok di Carrefour Midvalley ini memang besar. Harga pun boleh di katakan murah, cuma RM6 sekilo sahaja.

Apa lagi, beli beberapa kilo, nanti bawak balik rumah boleh rebus dengan halia dan serai. Letak garam sikit. Dah masak cicah dengan sos cili… Yummy…

Baca : Beli Lokan Besar Di Kuala Semerak

 


Saiz Lokan Ini Memang Besar Memang Berbaloi Beli

 

LOKAN (Polimesoda expansa) adalah haiwan bercengkerang dari genus Polumesoda dan Famili Corbiculidae yang terdapat di kawasan berair di negara kita dan kawasan lain diseluruh dunia. Jenis lokan yang lebih besar adalah dari spesis Geloina expansa yang tingal dalam lumpur air payau. Hidupan ini terdapat dikawasn berair di tepi laut atau dikawasan tepi sungai yang mempunyai habitat sesuai untuk lokan hidup dalam pasir atau lumpur atu dikawasan berpasir.
.
Lokan merupakan hidupan yang mempunyai 2 cengkerang yang keras dan mempunyai warna puih kelabu, kekuningan, belang kehitaman bergantung kepada habitat dimana ianya hidup. Saiz lokan diantara 4 – 15 cm yang berbentuk seperti kulit kerang tetapi permukaan kerang adalah licin dan ada juga yang berketak-ketak.
.
Setiap biji lokan boleh di buka kerangnya dan mengandungi isi lokan yang berwarna kelabu putih yang lembut. Isi lokan ini terletak dibahagian tengah dan melekat kuat pada cengkerang. Lokan adalah hidupan yang makan dengan menapis air dan menyaring zat dalam air. Lokan paya bakau mampu hidup dalam keadaan tanpa air untuk jangkamasa yang lama.
.
Lokan mengandung vitamin larut lemak (A, D, E, dan K), vitamin larut air (B1, B2, B6, B12, dan niasin), serta merupakan sumber utama mineral yang dibutuhkan oleh tubuh, seperti iodium (I), besi (Fe), seng (Zn), selenium (Se), kalsium (Ca), fosfor (P), kalium (K), flour (F), dan lain-lain.
.
Pasti ramai diantara kita yang pernah melihat lokan dijual tetapi mungkin tidak ramai yang pernah makan isi lokan ini kerana ianya bukan mudah untuk dibeli kecuali pada musim tertentu atau dikawasan khusus yang ada menghasilkan lokan.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.