Musim Bunga Sakura Cherry Blossom Di Jepun 2015
|Mereka yang sukakan pemandangan indah musim bunga Sakura (Cherry Blossom) di Jepun sudah pasti tertanya-tanya bila Musim Bunga Sakura Cherry Blossom Di Jepun 2015 kembang. Ini kerana kebiasaannya bunga Sakura ini akan kembang hanya selama 2 minggu dan ia amat sukar di ramal orang orang biasa seperti kita kerana perubahan cuaca yang tidak menentu.
Berita baiknya, semalam MrJocko dapat info dari perkongsian di paparan Majalah LIBUR tentang jangkaan waktu bunga Sakura akan kembang di seluruh negara Jepun. Ini memang di tunggu-tunggu oleh ramai peminat bunga sakura keran mereka akan berpeluang melihat keindahan bunga ini kembang dan mewarnai seluruh negara dengan warna-warna yang sangat cantik.
Baca : Musim Bunga Sakura Di Jepun Cherry Blossom 2015
Musim Bunga Sakura Di Jepun
Musim Bunga Sakura Cherry Blossoms Di Jepun
Ramalan Musim Bunga Sakura Cherry Blossoms mengembang sudah dikeluarkan di kawasan bandar Tokyo dan Nagoya. Di khabarkan Musim Bunga Sakura Di Jepun akan mula berkembang pada 25hb Mac (mula mengembang) sehingga tarikh 2hb April (bunga mengembang penuh).
Untuk informasi masa musim bunga sakura di bandar negara Jepun, semak jadual di bawah :
Osaka : 27hb Mac (mula mengembang)3hb April (bunga mengembang penuh)
Kyoto :27hb Mac (mula mengembang4hb April (bunga mengembang penuh)
Sumber: http://sakura.weathermap.jp/
Ketika pertama kali ke Jepun, semasa MrJocko ke Tokyo pada bulan Mei 2013, waktu itu memang langsung tidak kelihatan bunga Sakura. Semasa ke Osaka dan Fukuoka pada bulan Oktober 2014 juga memang tiada bunga. Yang ada cuma pokok Sakura yang kering dan tiada daun akibat perubahan cuaca.
Jadi kalau anda ingin melihat bunga Sakura atau Cherry Blossom yang indah dan cantik di Jepun, anda sudah boleh rancang perjalanan antara tarikh 27 Mac – 30 April 2015. Ini antara waktu sesuai untuk melihat Musim Bunga Sakura Cherry Blossoms di Jepun.
p/s : Untuk informasi, anda juga berpeluang untuk melihat pelbagai jenis bunga Cherry Blossom yang sama di Korea atau di Taiwan sebagai pilihan melancong alternatif untuk anda sekeluarga.
jgn lupa ping artikal di sini http://www.pingmeblog.com/
Subhanallah LAWA nya. I wish one day i can go there 🙂
Kalau ada rezeki, MrJocko pun teringin tengok Sakura di Jepun 🙂
Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.
Sila hubungi melalui :
Website : http://www.melancongkejepun.com/
Facebook : Melancong Ke Jepun
Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
Email : melancongkejepun@gmail.com