Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Salah Kita, Tuding Jari Kat Orang Lain

Siapa yang berani untuk mengaku salah? Tak ramai? Atau memang tiada langsung? Begitu la realiti hidup. Kita pun, kalau buat salah, sebolehnya tidak akan mengaku yang kita silap. Lagi bagus kalau kita boleh letakkan kesalahan tersebut kepada orang lain.
Pernah dengar kata orang, “sekali kita tuding jari kepada orang lain, empat jari lain menghala ke arah kita”. Itu la perumpamaannya jika kita suka meletakkan kesalahan pada bahu orang lain.
Buat salah dan silap pula sudah menjadi kebiasaan. Kita cuma manusia. Namun kena ingat juga, ada kesalahan kecil boleh dimaafkan. Namun kesalahan yang besar boleh mengakibatkan perpecahan berlaku.
Jadi, sesama kita, elakkan perpecahan dan tuding menuding antara satu sama lain. Jom kita sepakat, kita sama-sama membantu antara satu sama lain dan sama-sama berjaya.
2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.