Salam Ramadhan 1436 Hijriah Tahun Masehi 2015
|Terbenamnya fajar hari ini, maka tiba lah Bulan Ramadhan 1436 Hijriah. Bulan puasa tahun ini, 2015 maka akan bermulanya bulan keberkatan untuk kita semua.
Sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan 1436 Hijriah ini, MrJocko secara peribadi mewakili keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1436 dan semoga bulan Ramadhan tahun ini memberikan lebih keberkatan untuk kita semua.
Tahun lepas, 2014, MrJocko terpaksa menolak 2 Media Trip ke luar negara, kerana rasanya untuk bulan Ramadhan, masa untuk rileks sedikit dari melancong dan kembara ke mana-mana. Rugi, tapi rasanya lebih rugi kalau tidak bersama keluarga.
Tahun ini, satu lagi Media Trip pun terpaksa ditolak walaupun ia memang nampak menarik, semua sebab ia dibuat pada bulan Ramadhan 1436.
Semoga selepas bulan Ramadhan, dan bulan-bulan selepas ini memberikan rezeki Media Trip yang lebih baik untuk MrJocko dan Blooggers Media
Salam Ramadhan 2015 untuk semua.