Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sales Diskaun 70% Di Johor Premium Outlet JPO

Bagi peminat barangan premium, anda mesti sukakan Johor Premium Outlet (JPO) di Johor Bahru. Ini kerana, bukan sahaja ia menawarkan pelbagai produk jenama terkemuka dan premium seluruh dunia, tetapi ia juga selalu menawarkan tawaran promosi sales yang menarik untuk anda sepanjang tahun. 

MrJocko sempat singgah semalam, Sabtu di JPO untuk melihat tawaran jualan musim perayaan, Hari Raya AidilAdha. Yes, harga diskaun sehingga 70% dan ada outlet yang menawarkan harga sehingga 80% diskaun. Menarik bukan???

Sales Diskaun 70% Di Johor Premium Outlet

Sales Di JPO Johor Sales_di_JPO_Murah_02 Sales_di_JPO_Murah_03 Sales_di_JPO_Murah_04 Sales_di_JPO_Murah_05 Sales_di_JPO_Murah_06 Sales_di_JPO_Murah_07 Sales_di_JPO_Murah_08

 

Johor Premum Outlet (JPO) ni memang lokasi wajib singgah kalau anda ke Johor Bahru. Ia kini menjadi salah satu tarikan destinasi wajib pelancong kalau ke Johor. Walaupun lokasinya agak jauh sedikit dari bandaraya Johor Bahru, tetapi ia mudah akses dan senang untuk ditujui.

Samada anda dari Kuala Lumpur, dari Johor Bahru atau dari Singapore, senang sahaja nak ke JPO. Lebuhraya yang luas menghubung jalan ke sana dan ia boleh diakses dengan mengikut signboard yang disediakan. Jangan risau, anda tak mungkin akan sesat kalau ikut jalan yang betul 🙂

Anda yang kaki shopping, mungkin boleh singgah untuk melihat, window shopping atau jenguk dulu apa yang menarik untuk anda beli di Johor Premium Outlet JPO di Johor ini. Lepas ada bajet, boleh ke sini lagi untuk shopping barang yang anda mahu. Mungkin dapat diskaun murah di JPO.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.