Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Salji Pertama Turun Di Seoul 20 November 2017 Winter Sonata

Seingat MrJocko, musim Autumn masih belum habis. Ada banyak tempat di sekitar Seoul masih lagi punyai landskap daun pokok warna merah dan kuning. Memang ikut kebiasaan, lepas musim Autumn akan tiba musim Winter. Tetapi, hari ni katanya Salji Pertama Turun Di Seoul 20 November 2017 Permulaan Winter Sonata yang diluar jangkaan.

Nampaknya, musim sejuk di Seoul Korea kali ini lebih awal dari biasa. Kata kebanyakkan orang la. Rasanya ramai yang jangkakan salji akan mula turun beberapa minggu lagi seperti kebiasaan tahun lepas.

Baca : Paling Wajib Kalau Ke Seoul Korea



Salji Pertama Turun Di Seoul 20 November 2017

Salji Pertama Turun Di Seoul
Gambar dari Facebook

 

Kalau betul jangkaan turun salji di Seoul Korea ini lebih awal dari biasa, ini bermakna, kemungkinan besar musim bunga Cherry Blossoms di Seoul Korea akan berbunga lebih awal dari biasa. Ini sekadar jangkaan kasar MrJocko sahaja.

Kenapa Cherry Blossoms berbunga awal?

Bunga Cherry Blossoms akan berbunga bila menerima cahaya matahari yang lebih dalam keadaan cuaca yang lebih panas selepas musim sejuk. Maksudnya, kalau matahari memancarkan cahaya yang cukup, maka kelopak bunga Cherry Blossoms akan berbunga lebih awal.

Secara logik, kalau musim sejuk tiba lebih awal, maka ia akan berakhir lebih awal. Bila berakhir musim sejuk, musim spring akan tiba dengan kelopak bunga Cherry Blossoms akan kembang. Namun ini semua andaian sahaja. Kalau musim sejuk lebih panjang dari biasa, ia akan melambatkan musim bunga Cherry Blossoms di Korea.

Namun, segala-galanya atas ketentuan Tuhan. Kita sebagai manusia hanya merancang. Sebab itu, jika nak lihat Bunga Cherry Blossoms di Seoul Korea, boleh rancang tarikh ke sana sekitar 25 Mac hingga 15 April 2018. InsyaAllah, akan dapat peluang melihat bunga yang cantik di Korea ini.

Kalau seperti tahun ini, MrJocko sempat merasai pengalaman Cherry Blossoms di Gangwon Province ketika sertai Media Trip Gangwon Wow PyeongChang 2017. Masa ni, awal April, kami menikmati bunga Cherry Blossoms yang kembang penuh di sekitar Gyeongpo Lake di PyeongChang.

Baca http://www.mrjocko.com/2017/05/cherry-blossom-festival-gyeongpo-lake.html

 

Salji Pertama Turun Di Seoul
Gambar dari Facebook
musim salji di Seoul
Gambar dari Facebook
Salji Pertama Turun Di Seoul
Forecast Cuaca di Seoul Disember 2017

 

Kalau seperti tahun ini, MrJocko sempat merasai pengalaman Cherry Blossoms di Gangwon Province ketika sertai Media Trip Gangwon Wow PyeongChang 2017. Masa ni, awal April, kami menikmati bunga Cherry Blossoms yang kembang penuh di sekitar Gyeongpo Lake di PyeongChang.

Baca http://www.mrjocko.com/2017/05/cherry-blossom-festival-gyeongpo-lake.html

Salji Pertama Turun Di Seoul tahun ini mungkin menjadi pengalaman terbaik kepada mereka yang sukakan musim sejuk. 

MrJocko memang dalam perancangan awal untuk berada di Korea pada tarikh 15 hingga 22 November 2017, namun terpaksa menunda akibat ada sedikit pertukaran jadual. Mungkin belum ada rezeki untuk merasai pengalaman melihat salji pertama turun di Seoul. InsyaAllah, kalau diberikan keizinan, akan ada pada tahun hadapan.

Untuk korang yang nak melancong ke Korea pada bulan Disember, boleh la rasai pengalaman musim sejuk di negara hebat ini. Semak forecast cuaca sepanjang bulan Disember 2017 hingga Januari 2018 di laman web ini https://www.accuweather.com/

 

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.