Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sambutan 60 Tahun Play-Doh Bersama 60 Selebriti

Play-Doh sudah berusia 6o Tahun. Percaya atau tidak, jenama yang kreatif ini telah mewarnai dunia kanak-kanak MrJocko sendiri sedang menyambut ulangtahun ke-60. Kali ini, di The Curve Mutiara Damansara, ada Sambutan 60 Tahun Play-Doh Bersama 60 Selebriti.

Pelawat yang datang ke The Curve semasa cuti sekolah ini akan disambut oleh kreativiti menyeronokkan cara PLAY-DOH. Kemuncak acara utama adalah Wall of Fame Doh-llywood yang memaparkan handprints dan mesej hari lahir 60 selebriti  yang juga dikenali sebagai Doh-Bassadors Kreativiti, di Curve Centre Court.

Ia bersempena dengan ulang tahun ke-60 PLAY-DOH sedunia pada 16 September 2016. Sambutan ini dianjurkan oleh Hasbro Toy (Malaysia) Sdn. Bhd. dan pameran ini akan diadakan dari 6-18 September 2016 di Centre Court, The Curve, Mutiara Damansara.

Sambutan 60 Tahun Play-Doh Bersama 60 Selebriti

Baca : Kalau Ada Anak Lelaki Mainan Transformers Pun Best



Sambutan 60 Tahun Play-Doh Bersama 60 Selebriti

60 CELEBRITIES CELEBRATE 60 YEARS WITH PLAY-DOH

 

Tin kuning yang menjadi ikonik Play-Doh telah diperkenalkan kepada dunia pada tahun 1956. Sejak itu telah berkembang ke lebih daripada 80 buah negara di seluruh dunia dengan lebih daripada tiga bilion tin Play-Doh telah dijual. Hebat bukan?

Selain daripada pelbagai aktiviti yang akan dijalankan di sini, pegunjung boleh membawa anak-anak untuk bertemu dengan maskot Play-Doh pada hujung minggu.

Kelly Yip, Pengurus Jenama Hasbro Toy (Malaysia) berkata, “Jenama PLAY-DOH menggalakkan pembangunan kanak-kanak dalam kemahiran berfikir, kemahiran komunikasi dan juga kreativiti. Begitu juga, aktiviti-aktiviti semasa acara ini akan menggalakkan kanak-kanak untuk membuka tin imaginasi dan menciptak kreativiti dan imaginasi mereka.”

 

Sambutan 60 Tahun Play-Doh Malaysia Play-Doh 60th Anniversary Malaysia Sambutan 60 Tahun Play-Doh MalaysiaPlay-Doh 60th Anniversary Malaysia Play-Doh 60th Anniversary Malaysia

Ulang Tahun ke-60 Play-Doh

Sepanjang pameran dan jualan ini, kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun akan dapat menikmati pelbagai Doh menarik dan juga aktiviti menarik termasuk Great Bake Off, Zooventure, Go Bananas (buah-buahan), dan Let’s Go Doh-Town di mana kanak-kanak digalakkan untuk membuka tin imaginasi mereka dan akan dibimbing untuk mengukir dan membuat sendiri karya Play-Doh mereka.

Baca : MrJocko dan Toys

Untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti ini, peserta dikehendaki membeli produk Play-Doh bernilai minimum RM36. Dengan ini, mereka akan layak untuk menikmati dua aktiviti pilihan mereka. Untuk pembelian minimum RM60 pula, peserta akan diberikan Hadiah dengan Pembelian (GWP) dan boleh memilih sehingga tiga aktiviti, di samping mempunyai peluang untuk duduk di atas menaiki kereta elektronik sekitar atrium.

Sebab itu, bawa anak-anak anda ke pameran serta jualan sempena dengan Sambutan 60 Tahun Paly-Doh Bersama 60 Selebriti ini di The Curve, Mutiara Damansara.

Mainan jenama Play-Doh kini boleh didapati di lebih daripada 50 warna dan pelbagai aksesori tambahan. Jenama Play-Doh memang menggalakkan kreativiti anak-anak anda dengan mencipta pelbagai corak permainan dan imaginasi.

Maklumat lanjut dan kemas kini boleh didapati di http://playdoh.hasbro.com. Nak tahu Fakta Menarik Tentang Play-Doh? Boleh baca di sini —>

Play-Doh Fun Facts Fakta Menarik Play-Doh

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.