Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sample Gambar Dan Video Dari Kamera Galaxy Tab S2

Beberapa minggu yang lepas MrJocko diberi peluang untuk mencuba tablet terbaru dari Samsung Mobile dikenali dengan nama Samsung Galaxy Tab S2. Ia adalah peranti tablet terbaru dari Samsung dan ia tablet mudah alih yang memang mempunyai ciri-ciri terbaik setakat ini.

Selepas hampir sebulan menggunakan tablet Samsung Galaxy Tab S2 ini, ada beberapa faktor MrJocko berani katakan, ia adalah tableh terbaik dan melepasi fungsi apa yang ada pada Apple iPad Mini.

Sample Pictures Galaxy Tab S2

Dengan reka bentuk yang cantik dan luar biasa, Samsung Galaxy Tab S2 samada saiz 8.0 inci atau saiz 9.7 inci memberikan kualiti terbaik meninggalkan apa yang ada pada Apple iPad Mini dari segi nilai wang dan fungsi tablet.

Samsung Galaxy Tab S2 ini adalah lebih nipis dan lebih ringan daripada kedua-dua iPad Mini dan Tablet Dell Venu 8 Pro. Lagipun, Galaxy Tab S2 ini menawarkan dua kali jumlah storan dalaman dengan harga yang hampir sama. Sebab itu, ia berbaloi.

Jom kita lihat beberapa gambar dan juga video yang diambil dengan menggunakan Samsung Galaxy Tab S2 ketika trip MrJocko ke Dubai baru-baru ini. Ia memang menarik, mudah guna, kualiti gambar terang dan jelas serta paling bagus dari kalangan Tablet untuk kualiti gambar di dalam keadaan kurang cahaya ‘Low Light’.

pictures_from_galaxy_tab_s2_01Sample_Gambar_Galaxy_Tab_S2 pictures_from_galaxy_tab_s2_02

Bagaimana Performance Galaxy Tab S2?

Galaxy Tab S2 ini, ia mempunyai skrin HD yang menakjubkan dengan warna terang dan model baru ini dengan 4: 3 nisbah aspek ‘prime’ jelas untuk membaca, menggunakan aplikasi dan juga melayari laman Web.

Ia juga mempunyai prestasi processor yang konsisten dan ‘smooth’, pengimbas cap jari dan kualiti kamera yang baik, semestinya yang jarang ada untuk tablet. Semua itu disatukan ke dalam satu ‘superskinny’ nipis dan reka bentuk yang elegan untuk anda rasa selesa untuk memegang Galaxy Tab S2 ini. Ia memang mudah bawa, sehinggakan anda boleh selitkan ia di mana-mana bahagian beg anda dengan mudah. 

Samsung Galaxy Tab S2 ini dijual di semua outlet dan wakil Samsung Mobile Malaysia terpilih dengan harga Galaxy Tab S2 saiz 8.0 inci – RM1,699 dan Samsung Galaxy Tab S2 saiz 9.7 inci – RM1,999 termasuk GST Malaysia. Ia tablet terbaik untuk kegunaan harian anda dan berbaoi setiap sen.

Sample Pictures Galaxy Tab S2 pictures_from_galaxy_tab_s2_05 pictures_from_galaxy_tab_s2_06 pictures_from_galaxy_tab_s2_09Sample Pictures Galaxy Tab S2pictures_from_galaxy_tab_s2_08

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.