Sample Gambar Dari Honor 6 Plus Umpama Gambar Pro
|Mungkin ada yang perasan tentang artikel MrJocko tentang rezeki menang hadiah Lucky Draw dari Huawei 1st Anniversary 2015 bertempat di Symphony Lake KLCC baru-baru ini. Gadget yang MrJocko terima memang berbaloi, iaitu Huawei Honor 6 Plus, peranti smartphone terbaru dari Huawei yang memang terbaik.
Sejak hampir sebulan guna Huawei Honor 6 Plus ini, MrJocko sangat berpuas hati. Bukan sahaja dari segi performance, kelajuan processor, storan yang besar dan semestinya kualiti gambar yang terbaik.
Huawei Honor 6 Plus
MrJocko kongsikan di sini sample gambar-gambar hasil dari kamera Huawei Honor 6 Plus menggunakan konsep wide appeture. Dari koleksi gambar-gambar Honor 6 Plus ini, boleh lihat hasil gambar yang menghasilkan Bokeh yang sangat cantik dan agak sharp. Lihat contoh gambar yang MrJocko ambil ini, semuanya memang gambar-gambar terbaik Honor 6 Plus.
Ternyata, hasil gambar yang di ambil dari Honor 6 Plus umpama gambar yang di ambil oleh jurugambar pro menggunakan DSLR atau Kamera Digital.
Sample Gambar Smartphone Honor
Bukan sahaja koleksi gambar biasa, gambar masa waktu malam, atau cahaya yang limited juga menghasilkan gambar dari Honor 6 Plus yang sangat menarik dan jelas. Bokeh dari smartphone jenama Huawei ini memang superb. Lihat sahaja contoh Gambar dari Honor 6 Plus memang cantik dan terbaik.
Untuk kualiti gambar dari kamera Honor 6 Plus ini, ia memang terbaik dan memang sangat sesuai bagi MrJocko yang selalu travel dan suka bergambar. Kadang-kadang, sesetengah keadaan dan masa, tak perlu guna DSLR atau Kamera Digital kerana kualiti gambar Honor 6 Plus memang hampir menyamai hasil kualiti DSLR dan Kamera Digital.

Secara peribadi, jika anda mencari Smartphone yang berbaloi dengan kepantasan processor Octa Core dengan kualiti kamera 8Mp tetapi sebab punyai dual camera ia menyamai kualiti 13Mp. Setakat ini kamera belakang Honor 6 Plus ini memang terbaik, termasuk kamera depan kualiti 8Mp.
Untuk harga jualan di Malaysia, ia hanya dijual pada harga RM1,399 sahaja. Melihatkan dari contoh Gambar dari Honor 6 Plus, ia memang harga yang berbaloi, tambah-tambah untuk seorang yang suka mengambil gambar.
Huawei Honor 6 Plus spesifikasi penuh adalah :
Release date December 2014
Form factor Touchscreen
Dimensions (mm) 150.46 x 75.68 x 7.50
Weight (g) 165.00
Battery capacity (mAh) 3600
Removable battery No
Colours White, Black
SAR value NA
Display
Screen size (inches) 5.50
Touchscreen Yes
Touchscreen type Capacitive
Resolution 1080×1920 pixels
Pixels per inch (PPI) 401
Colours 16M
Hardware
Processor 1.3GHz octa-core
Processor make Huawei Kirin 925
RAM 3GB
Internal storage 32GB
Expandable storage Yes
Expandable storage type microSD
Expandable storage up to (GB) 128
Camera
Rear camera 8-megapixel
Flash Yes
Front camera 8-megapixel
Software
Operating System Android 4.4.4
Skin Emotion UI 3.0
Java support Yes
Browser HTML
Connectivity
Wi-Fi Yes
Wi-Fi standards supported 802.11 b/ g/ n
GPS Yes
Bluetooth Yes, v 4.00
NFC Yes
Infrared No
DLNA No
Wi-Fi Direct Yes
MHL Out No
HDMI No
Headphones 3.5mm
FM Yes
USB Micro-USB
Charging via Micro-USB Yes
Proprietary charging connector No
Proprietary data connector Yes
Number of SIMs 2
SIM 1
SIM Type Regular
GSM/ CDMA GSM
3G Yes
SIM 2
SIM Type Regular
GSM/ CDMA GSM
3G Yes
Sensors
Compass/ Magnetometer Yes
Proximity sensor Yes
Accelerometer Yes
Ambient light sensor Yes
Gyroscope No
Barometer No
Temperature sensor No
Foto yang diambil menggunakan Huawei memang sememangnya cantik ^_^
Guna Honor 6 Plus ni memang terbaik 🙂