Sample Gambar Dari Kamera Smartphone Sony Xperia XZ Premium
|Sudah lebih seminggu MrJocko guna smartphone terbaru dari Sony Mobile. Kali ini nak kongsi beberapa Sample Gambar Dari Kamera Smartphone Sony Xperia XZ Premium yang dikatakan antara peranti terbaik Sony. Bukan sahaja Video kualiti 4K, tetapi juga gambar untuk kualiti walaupun dalam cahaya yang kurang, seperti waktu malam
Contoh gambar yang MrJocko ambil ini ada yang ‘raw’ dan ada juga yang diproses dengan aplikasi mudah di smartphone. Kedua-duanya memang punyai hasil yang sangat memuaskan.
Baca : Telefon Pintar Jenama Sony Yang Murah
Sample Gambar Dari Kamera Smartphone Sony Xperia XZ Premium
Untuk gambar pertama, MrJocko rakam di dalam bangunan yang mempunyai keadaan cahaya yang agak terhad. Ini di rakam di The Library, bangunan hotel Ritz Carlton Kuala Lumpur.
Manakala gambar di bawah ialah hasil gambar dari bawah menghadap ke atas, melawan cahaya ‘back light’ sebenarnya. Tetapi dengan sedikit touch up, gambar terhasil agak menarik. Kalau dapat model perempuan yang lebih cantik, mesti lebih menarik bukan?

Gambar MrJocko bersama Kucing Golden British Short Hair yang rare ini diambil didalam restoran Mamak Q-Bistro TTDI Kuala Lumpur. Waktu petang dan memang agak gelap kerana ia mendung. tapi hasilnya masih memuaskan. Lebih-lebih lagi, bila ada gambar kucing yang comel.
Gambar dibawah pula, gambar dirakam waktu petang, tetapi berada diluar, outdoor. Kesan cahaya memang cukup dan of course ‘ketajaman’ gambar sangat memuaskan. Kebiasaan kamera smartphone, kalau merakam gambar outdoor, cahaya yang cukup dan terang, gambar akan jadi lebih jelas.

Gambar Dari Kamera Smartphone Sony Xperia XZ Premium
Kalau nak lihat contoh gambar makanan yang diambil menggunakan kamera smartphone Sony Xperia XZ Premium, boleh lihat 2 contoh yang MrJocko ambil ini. Satu gambar dalam keadaan cahaya yang cukup teran dan satu lagi dalam cahaya agak gelap, waktu malam.
Gambar di rakam dengan kualiti resolusi asal 17MP (Sony Xperia) dengan saiz 16:9. Tetapi telah dikecilkan dengan saiz 800×600 (16:9) kerana mengikut resolusi terbaik blog MrJocko.
Mungkin ada nak lihat gambar yang asal dari kamera, sebagai contoh boleh lihat gambar-gambar seperti di bawah ini. Tiada touch up, cuma resize dari saiz asal 5189×2919 (17MP) kepada saiz 800×600 sahaja.
Ini pula adalah gambar selfie dengan kamera depan waktu siang dan juga waktu malam. Secara keseluruhan, kualiti kamera depan Sony Xperia XZ Premium juga memang terbaik. Jauh melebihi kualiti sesetengah kamera yang punya resolusi MegaPixel yang 12MP ke atas untuk sebuah kamera selfie.
Cukup la kot share pasal gambar dari kamera Xperia XZ Premium. Maybe lepas ni MrJocko nak share apa lagi fungsi menarik yang ada dalam Sony XZ Premium. Mungkin MrJocko boleh review apa kelebihan Aplikasi Sony Lifelog. Ia satu apps lengkap yang memberikan info details tentang cara hidup, pergerakkan dan kualiti tidur pengguna Sony XZ Premium.
Pemilik Xperia XZ Premium boleh catat rekod, buat analisis dan juga mengatur cara hidup sihat dengan lebih baik menggunakan Apps Sony Lifelog ini. MrJocko pun belum pandai guna benda ni, nanti sama-sama kita lihat…
Kalau nak semak spesifikasi smartphone Sony Xperia XZ Premium boleh baca di link ini https://www.gsmarena.com/sony_xperia_xz_premium-8593.php.
Nak baca Unboxing Sony Xperia XZ Premium boleh baca di entry travel blogger Malaysia MrJocko di link ini Unboxing Sony Xperia XZ Premium