Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sample Gambar Huawei P10 Plus Selfie Portrait Landskap Dan Low Light

Antara pilihan smartphone yang menjadi pilihan ramai ketika ini ialah jenama Huawei. Lebih menarik bila model Huawei P10 Plus keluar dengan spesifikasi yang terbaik tetapi ditawarkan dengan harga yang cukup berbaloi. Ini ialah Sample Gambar Huawei P10 Plus Selfie Portrait Landskap Dan Low Light yang diambil sendiri oleh MrJocko ketika Trip ke Athens.

Kebanyak gambar yang MrJocko ambil dari kamera Huawei P10 Plus ini menggunakan fungsi ‘auto’ dan handheld, tidak menggunakan tripod. Kebanyakkan diambil pada waktu siang dan beberapa gambar diambil pada waktu senja dan waktu malam.

Sample Gambar Huawei P10 Plus

sample gambar huawei p10 plus 01

 

Untuk gambar portrait, lebih lebih selfie. kamera dari Huawei P10 Plus ini juga beri hasil terbaik. Dengan fungsi auto, ia memberikan hasil gambar yang boleh dikatakan memukau. Lihat sahaja gambar MrJocko selfie berseorangan dan ‘wefie’ dengan rakan-rakan Blogger dari Indonesia. Gambar masih cantik dan natural.

kamera depan Huawei P10 Plus ini beri ruang yang agak luas untuk selfie dan semestinya ia lebih lebar berbanding kamera MrJocko iPhone 6. Antara ciri-ciri kamera selfie terbaik ialah mempunyai saiz lens yang lebar dan ‘wide’.

 

sample gambar huawei p10 plus sample gambar huawei p10 plus

 

Untuk mode biasa, kalau ambik gambar menggunakan kamera belakang juga punyai hasil yang berbaloi. Kamera ini masih beri hasil gambar yang bagus serta rakaman landskap yang memberi warna yang agak natural. 

Paling mudah kalau nak ambil gambar sebab tak perlu nak setting yang susah. Untuk orang biasa, fungsi ‘auto’ pada kamera sudah cukup beri gambar yang cantik.

 

 

Bila guna kamera Huawei P10 Plus, banyak yang buat MrJocko rasa puas hati. Ia beri banyak pilihan gambar yang cantik-cantik. Itu belum lagi guna fungsi Vivid, HDR atau guna fungsi Panorama. Kalau korang minat dengan seni kamera, dalam Huawei P10 Plus ini ada banyak lagi fungsi untuk kamera. 

Kalau yang suka ambik Video, Huawei P10 Plus juga ada fungsi lain seerti Slow Motion, Timelapse yang boleh menjadikan hasil video korang lebih unik dan berbeza. Tetapi, jangan cuba nak ‘zoom’ ketika video. Hasilnya amat menyedihkan dan teruk.

 

Sample Gambar Huawei P10 Plus Selfie Portrait Landskap Dan Low Light

 

Secara peribadi, untuk kualiti gambar dan video dari kamera Huawei P10 Plus, ia berbaloi dengan harga. Untuk performance, setakat ini ia juga memberikan hasil terbaik. Menarik sebab model ini tidak cepat panas seperti model Huawei Mate 9.

Dengan rekaan kamera dual lens dan bentuk curve, MrJocko berani kata, model Huawei P10 Plus ialah model terbaik Huawei setakat ini. Bukan sahaja cantik, ia berbaloi dengan harga sekitar MYR3,099 untuk kapasiti 6GB RAM dan 128GB Internal Memori.

Berminat boleh la layari laman web rasmi  www.huawei.com. Atau kalau nak lihat model ini dan model smartphone Huawei yang lain boleh ke Huawei Flagship Store Pavilion KL. http://www.mrjocko.com/2017/04/huawei-flagship-store-di-pavilion-elite.html

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.