Perkenalkan Model Samsung Galaxy A5 Dan Galaxy A7 Edisi 2017
|Samsung Perkenalkan Model Galaxy A5 Dan Galaxy A7 Edisi 2017 dalam majlis yang meriah dengan kehadiran peminat setia Samsung, rakan niaga, media dan juga blogger bertempat di Aloft Kuala Lumpur. Ini antara ‘starter’ kepada tahun 2017 untuk jenama Samsung Mobile.
Sekali lihat saja, MrJocko nampak betapa menyerlah pranti terbaru dari Samsung Mobile ini. Samsung Galaxy A7 (2017) dan Samsung Galaxy A5 (2017) menggunakan gabungan kerangka besi dan panel gelas dan rekaan sisi melengkung yang cantik.
Samsung juga memperkenalkan pelakon Iedil Putra dan Amyra Rosli sebagai duta Galaxy A 2017. Iedil Putra memegang Galaxy A5 2017 dan Amyra Rosli memegang Galaxy A7 2017.
Perkenalkan Model Samsung Galaxy A5 Dan Galaxy A7 Edisi 2017
Kedua-dua peranti ini, samada Galaxy A5 (2017) dan Galaxy A7 (2017) dikelaskan kepada IP68 yang mana ia tahan debu dan kalis air. Wow!!! Nampaknya, kalau jenis aktif anda tak perlu risau dengan debu dan juga terkena air. Cuma, kena ingat, jangan la rendam dalam air sedalam 1.5 meter dan lebih dari 30 minit.
Buat masa ini kedua-dua model ini hanya ada dua warna iaitu Black Sky dan Gold Sand. Akan datang ada warna Blue Mist dan Peach Cloud.
Nak tahu harga Galaxy A7 (2017) dan A5 (2017)? Samsung Galaxy A7 (2017) dijual pada harga RM 1,899 dan A5 (2017) pula RM 1,699.
Baca : Telefon Samsung Murah Untuk Semua
Samsung Galaxy A5 (2017)
Samsung Galaxy A7 (2017)
Spesifikasi lain tentang smartphone Galaxy A7 (2017) ini termasuk skrin AMOLED Full HD 5.7 inci, manakala Galaxy A5 (2017) pula mempunyai skrin AMOLED Full HD 5.2 inci. Kuasa bateri dipertingkatkan dengan Galaxy A7 (2017) dilengkapi bateri 3600mAh dan Galaxy A5 pula 3000mAh. Menarik sebab kedua-dua peranti ini menyokong fungsi fast charge.
Peranti Galaxy A5 (2017) atau Galaxy A7 (2017) ini adalah sedia terbina fungsi Samsung Pay. Fungsi lain seperti teknologi NFC (near field communication) dan MST (Magnetic Secure Transmission) juga ada dalam peranti ini.
Untuk tempoh terhad dan mereka yang terawal menempah kedua-dua peranti Galaxy A5 (2017) atau Galaxy A7 (2017) ini, anda akan menerima satu unit Headphone Level U Pro bernilai RM399 secara PERCUMA.
Masa untuk beli smartphone baru. Jom buat ‘pre-order’. Untuk kedua peranti ini, pre-order akan bermula dari 6 Januari sehingga 15 Januari 2017. Pre-order Galaxy A5 (2017) dan Galax A7 (2107) atas talian pula boleh dilakukan di laman belian online Lazada dan 11street .