Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Telefon Pintar Samsung Galaxy A53 Full Review Malaysia

Kali ini, kami nak kongsi Telefon Pintar Samsung Galaxy A53 Full Review Malaysia. Model ini adalah model tambahbaik dari peranti sebelum ini Galaxy A52 yang telah diperakui antara peranti berbaloi untuk dimiliki. Samsung Galaxy A53 5G yang baru dilancarkan pada dasarnya adalah telefon pintar yang sama tetapi dengan SoC Exynos baharu.

Raya kali ini, mungkin ada yang bercita-cita nak tukar telefon pintar baru. Mahukan gadget yang lebih berbaloi tetapi harga yang lebih jimat, saya sarankan anda survey model ini, Samsung A Series. Antara yang patut anda lihat ialah model Galaxy A33, Galaxy A53 dan Galaxy A73. Model-model 5G ini antara rekaan terbaru dengan teknologi terkini, peranti yang telah ditambahbaik.

Baca : Unboxing Samsung Galaxy A53 5G Malaysia

Telefon Pintar Samsung Galaxy A53 Full Review Malaysia

 


Telefon Pintar Samsung Galaxy A53 Full Review Malaysia

Samsung Galaxy A53 Full Review Malaysia

Samsung Galaxy A53 Full Review Malaysia
Galaxy S22 Plus 5G vs Galaxy A53 5G

 

Sekali lihat, model Galaxy A53 ini tak juah sangat beza dengan telefon pintar premium Galaxy S22 Plus. Yang ketara jika dilihat di belakang hanyalah perbezaan 4 kamera bagi Galaxy A53 dan 3 kamera bagi Galaxy S22 Plus.

Harga Samsung Galaxy A53 5G di Malaysia hanya RM1,849. Model 5G ini tersedia dalam empat varian warna iaitu Awesome Blue, Awesome Black, Awesome White dan Awesome Peach. Nampaknya di malaysia, hanya mempnyai pilihan 8GB RAM dan 256GB ROM simpanan.

Reka bentuk Galaxy A53 5G Samsung dibina berdasarkan reka bentuk Galaxy A52s 5G terdahulu. Namun, ada penambahbaikan kerana ia menggabungkan beberapa elemen daripada siri Galaxy S22 baharu. Reka bentuk model ini ada nilai moden kontemporari dan menyegarkan. Kami dimaklmkan, bahawa bingkai tengah masih diperbuat daripada polikarbonat tetapi ia lebih luas dengan sisi yang lebih rata. Rangka ini, sama seperti peranti Galaxy S22.

Panel belakang peranti ini masih mengekalkan rupa yang cantik dengan panel belakang polikarbonat siap matte yang terasa licin dan premium. Material seperti ini mengurangkan kesan comot cap jari dengan baik.

Menarik model ini (termasuk model Galaxy A33 dan Galaxy A73) modul kamera belakang pada Galaxy ini bergabung dengan panel belakang tetapi hampir tidak menonjol daripadanya kerana telefon ini kelihatan lebih tebal daripada pendahulunya. Sisipan yang digelapkan untuk kanta kamera kelihatan lebih menarik.

Untuk info, Galaxy A53 5G ini mempunyai empat kamera utama di belakang yang mana ia terdiri dari 64MP kamera utama, 12MP kamera lebar, 5MP kamera depth dan 5MP untuk kamera makro. Manakala kamera suarfoto depan mempunyai kualiti 32MP f2.2.

Lihat sendiri beberapa koleksi rakaman dari kamera Galaxy A53 yang kami ambil menggunakan handheld, point and shoot, waktu siang dan juga pada waktu malam.
 

Samsung Galaxy A53 Full Review Malaysia
Gambar Outdoor

Samsung Galaxy A53 Full Review Malaysia

Samsung Galaxy A53 Full Review Malaysia

Samsung Galaxy A53 Full Review Malaysia
Gambar Makanan

Samsung Galaxy A53 Full Review Malaysia

Samsung Galaxy A53 Full Review Malaysia
Gambar Indoor
Samsung Galaxy A53 Full Review Malaysia
Gambar Makro
Samsung Galaxy A53 Full Review Malaysia
Gambar Low Light
Samsung Galaxy A53 Full Review Malaysia
Gambar Malam

Spesifikasi dan perisian Samsung Galaxy A53 menggunakan Qualcomm Snapdragon 778G. Model ini juga mendapat SoC Samsung dalaman baharu yang dipanggil Exynos 1280. Ini adalah SoC yang sama yang turut menggerakkan bahagian bawah harga Galaxy A33 5G.

Samsung Galaxy A53 5G menyokong fungsi 5G, Wi-Fi, Bluetooth 5.1, NFC dan sistem navigasi satelit. Ia juga menyokong siap sedia dwi-5G, dan dwi-SIM hibrid boleh menerima kad mikroSD sehingga 1TB.

Paparan skrin Super AMOLED kelihatan lebih baik dengan ton warna biasa yang menonjol dan boleh dibaca walaupun dalam cahaya matahari yang terang. Walaupn tiada fungsi HDR, tetapi kandungan penstriman video kelihatan bagus. Fungsi pembesar suara stereo berbunyi seimbang dan menjadi agak kuat. Berbaloi layan ‘movie’ walaupun sekadar di telefon bimbit.

Kaki Game Mobile juga pasti akan suka dengan peranti ini. Processor dan Grafik Galaxy A53 cukup laju untuk anda gunu bila bermain permainan PUBG MOBILE seperti ini.

Samsung Galaxy A53 Full Review Malaysia

Samsung Galaxy A53 Full Review Malaysia
 

Sekali imbas, dengan rekaan yang premium, warna matte yang cantik, ia nampak seperti telefon bimbit mewah. Namun, dengan harga yang ditawarkan, ia masih lagi boleh dikategorikan sebagai telefon mampu milik dengan kapasiti performance yang maksima.

Seperti biasa, kalau berminat dengan model Samsung ini, boleh beli di Samsung Malaysia.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.