Samsung Galaxy A9 Pro 2016 Punyai Prestasi Tertinggi
|Pernah tak anda terfikir untuk punyai smartphone yang mempunyai prestasi tertinggi dan terbaik waktu ini. Anda mahu telefon dengan skrin definisi tinggi supaya anda boleh menonton siri TV kegemaran semasa on-the-go? Juga mahu simpanan storan yang cukup untuk menyimpan puluhan cerita menarik serta ketahanan bateri yang lama untuk melayari Internet. Ini semua anda boleh dapat dengan smartphone terbaru Samsung Galaxy A9 Pro 2016, model terkini.
Samsung Galaxy A9 Pro (2016) direka untuk memberikan anda segala-galanya untuk hiburan anda. Dengan edisi terbaru Galaxy A Series ini datang dengan skrin yang lebih besar, storan sehingga 256GB dan kapasiti bateri yang lebih besar dan tahan lama. Sudah tentu, ia juga punyai kamera yang lebih baik di dalam paparan skrin yang agak besar dan lebih jelas.
Untuk mereka yang suka travel seperti MrJocko, kekuatan kamera 16MP dan kamera depan 8MP sangat cukup untuk digunakan sepanjang tempoh melancong. Tambahan pula, kekuatan processor dan 4GB RAM serta simpanan storan sehingga 256GB sangat cukup untuk MrJocko mengambil gambar setiap saat tanpa perlu risau memori yang tersimpan. Storan sebesar ini mampu mengumpul lebih dari 15,000 gambar 🙂
“Pengguna smartphone masa kini memerlukan yang terbaik, mereka bersaing dengan trend, berhibur dalam cara terkini dan mahukan peranti yang berkualiti. Samsung sentiasa mencari untuk mewujudkan keseronokan dalam kehidupan pengguna seharian. Itulah yang ada pada Galaxy A9 Pro (2016) untuk melengkapkan gaya hidup mereka dan untuk menjadikannya lebih seronok dengan menawarkan intipati terbaik dalam telefon pintar” kata Encik Lee Jui Siang , Naib Presiden, IT & Unit Perniagaan Mobile, Samsung Malaysia Electronics.
Secara ringkas, spesifikasi Samsung Galaxy A9 Pro (2016) ini mempunyai saiz 6 inci paparan HD Super AMOLED, jelas dan tajam untuk kualiti yang lebih baik bila menonton video atau melayari internet serta membaca e-book kegemaran anda pada telefon pintar. Bagi pengguna seperti MrJocko yang banyak mengambil dan menyimpan timbunan gambar, smartphone Galaxy A9 Pro ada storan yang besar.
Samsung Galaxy A9 Pro 2016
Untuk meraikan ketibaan Galaxy A9 Pro di Malaysia, Samsung Malaysia Electronics menawarkan kad microSD 64GB PERCUMA untuk setiap pembelian telefon pintar ini. Bayangkan storan 64GB external dengan storan terbina dalam memori 32GB, ia mampun menyimpan banyak video kegemaran dan gambar pilihan anda. Lebih mengejutkan, anda boleh menggunakan storan sehingga 256GB, cukup untuk simpanan gambar bertahun-tahun. Hahaha!!!
Fungsi lain ialah dengan kapasiti bateri yang besar 5,000mAH untuk tahan lama, pemproses yang lebih cepat dan lebih besar iaitu 4GB RAM untuk kelajuan. Fungsi kamera dari Galaxy A9 Pro (2016) ini lebih baik dengan kualiti kamera 16MP f1.9 belakang dan kamera 8MP depan. Sudah pasti gambar dari kamera ini lebih cantik, jelas dan terang.
Harga Samsung Galaxy A9 Pro 2016
Samsung Galaxy A9 Pro (2016) akan secara rasmi boleh didapati di seluruh Samsung Experience Stores dan pengedar sah bermula hari ini, pada harga runcit yang disyorkan di Malaysia ialah RM 1,999 (termasuk 6% GST). Ia dijual dengan pilihan warna hitam, putih dan warna emas.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk, sila layari www.samsung.com/my.
*Penyimpanan sehingga 16,000 gambar adalah berdasarkan saiz purata 4MB setiap gambar.
Pergghhh.. spec samsung galaxy nie memang superb giler.. harga permulaan pn xde mahal sangat..
harap ada rezeki nak review #MyGalaxyA9Pro ni
apa yang saya suka mengenai keluarga galaxy A ni adalah rekaan badan metal.