Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Samsung Memperkenalkan Galaxy S22 Dan Galaxy S22 Plus

Samsung Electronics Co., Ltd. kini memperkenalkan Galaxy S22 dan S22 Plus (S22+), dua peranti mercu baharu yang bakal menzahirkan ekspresi jati diri pengguna dengan penuh kreatif. Reka bentuk Galaxy S22 dan S22+ yang terbina dengan ciri-ciri mesra alam turut memaparkan kamera dinamik yang diperkasa dengan pemproses imej pintar terkini. Dengan ini, Galaxy S22 dan S22+ bukan sahaja indah dipandang malah mampu menjamin pengalaman pengguna yang mengagumkan.

“Teknologi kamera telefon pintar telah mengubah cara kita mengekspresikan diri, mencipta dan berkongsi kandungan dan saling berhubung dengan orang yang tersayang, terutamanya melalui foto dan video,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan MX (Mobile eXperience) Samsung Electronics. “Disebabkan inilah peranti siri S terbaru siap dilengkapi dengan keupayaan teknologi kamera yang tiada bandingan. Pengalaman pengguna dan hasil penggambaran yang cemerlang jelas ternyata, baik di siang mahupun malam hari.”

Galaxy S22 dan S22+ kedua-duanya mempunyai sensor kamera utama gabungan 50MP (utama), 10MP (telefoto) dan 12MP (ultra-lebar) untuk menghasilkan tangkapan gambar yang kekal berkualiti tinggi terutama sekali dalamsuasana pencahayaan yang rendah. Ciri penggambaran revolusioner ‘Nightography’ – yang merangkumi penggunaan sensor kamera bersaiz 23% lebih besar berbanding teknologi S21 dan S21+ dan juga teknologi Adaptive Pixel, membolehkan kamera anda merakam gambar yang kaya dengan butiran halus dan warna cerah, tanpa mengira keadaan pencahayaan sewaktu bergambar.

Baca : Telefon Pilihan Samsung Galaxy Note20

Galaxy S22 Dan Galaxy S22 Plus

 


Samsung Memperkenalkan Galaxy S22 Dan Galaxy S22 Plus

Samsung Memperkenalkan Galaxy S22 Dan Galaxy S22 Plus
 

Kualiti video anda pula dipertingkatkan dengan ciri-ciri baru seperti Auto Framing, dimana fokus kamera diselaras secara automatik bagi rakaman secara berkumpulan sehingga ke 10 orang. Kedua-dua peranti tersebut juga disokong teknologi VDIS (Video Digital Image Stabilisation) yang mengurangkan gegaran ketika kamera digunakan.

Galaxy S22 dan S22+ juga dilengkapi dengan teknologi AI terbaharu, iaitu AI Stereo Depth Map. Teknologi ini cukup berkesan, terutama sekali semasa penggambaran dalam mod portret, baik untuk gambar bersubjek orang mahupun gambar haiwan perliharaan kesayangan anda. Berkat algoritma AI yang canggih ini, segala butiran yang betapa halus pun, seperti susunan bulu si comel anda, akan jelas terpapar dengan penuh terperinci.

Tingkatkan Kehidupan Seharian Dengan Penuh Kecemerlangan

Galaxy S22 dan S22+ didukung pemproses 4nm yang julung kali terbina dalam telefon pintar Galaxy. Pemproses ini khas meyokong teknologi AI dan ML terkini untuk mengoptimumkan segala keperluan penstriman dan produktiviti anda. Lebih-lebih lagi, kecekapan kuasa peranti turut dipertingkatkan menerusi analisis tingkah laku secara automatik lantas melancarkan pengalaman pengguna dengan ketara.

Namun demikian, pemproses secanggih ini memerlukan punca kuasa yang seupaya dengannya. Galaxy S22 disiapkan dengan bateri lasak sepanjang hari bersertakan kebolehan pengecasan pantas 25W. Galaxy S22+ pula menampilkan bateri yang mampu bertahan lebih daripada sehari dengan hanya sekali cas. Galaxy S22+ juga menawarkan pengecasan super-pantas 45W, jadi anda tidak perlu menunggu lama untuk memenuhkan semula kuasa yang hampir habis.

Penstriman filem ataupun rancangan kegemaran anda kian terserlah indah pada paparan canggih Galaxy S22 dan S22+. Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan paparan Dynamic AMOLED 2X yang menawarkan prestasi visual tertinggi. Kedua-dua paparan 6.1-inci premium Galaxy S22 dan 6.6-inci Galaxy S22+ terbina dengan teknologi Vision Booster pintar yang menyesuaikan kecerahan dan kontras warna secara automatik mengikut suasana pencahayaan persekitaran. Selain itu, peningkatan prestasi perkakasan juga meningkatkan kecerahan paparan – S22 megah dengan kecerahan puncak 1,300nits manakala S22+ menampilkan puncak 1,750nits.

Melalui usahsama kami dengan Google, anda juga boleh menikmati perkongsian kandungan secara langsung melalui Google Duo. Jarak jauh tidak lagi menjadi halangan untuk berkerjasama bersama rakan – kini anda boleh berkongsi foto dalam Galeri atau saling bertukaran catitan nota dengan rakan sekerja di Samsung Notes secara langsung.
 

Samsung Memperkenalkan Galaxy S22 Dan Galaxy S22 Plus

Samsung Memperkenalkan Galaxy S22 Dan Galaxy S22 Plus

Samsung Memperkenalkan Galaxy S22 Dan Galaxy S22 Plus

Samsung Memperkenalkan Galaxy S22 Dan Galaxy S22 Plus
Kamera Utama Galaxy S22 50MP
Samsung Memperkenalkan Galaxy S22 Dan Galaxy S22 Plus
Kamera Selfie Galaxy S22

Sempurna Direka, Lasak Dibina

Galaxy S22 dan S22+ menampilkan reka bentuk Contour-Cut yang ikonik dan digemari ramai dimana bahagian kamera disepadukan dengan bingkai peranti. Skrin paparan rata ini juga dilengkapi dengan kemasan ‘haze finishing’ mewah yang membawa penampilan peranti yang moden, bergaya dan anggun. Selain itu, perumah kamera siri S juga dipadankan dengan warna badan peranti dengan bingkai logam yang tipis dan bersimetri. Samsung Galaxy S22 dan S22+ tersedia dalam warna Phantom Black, Phantom White, Green dan Pink Gold.

Galaxy S22 dan S22+ juga merupakan salah satu peranti siri S binaan Samsung yang paling berdaya tahan. Dengan menggabungkan binaan daripada Armor Aluminium sebagai bingkai peranti bersertakan Corning® Gorilla® Glass Victus®+ baharu di bahagian hadapan dan belakang, Galaxy S22 dan S22+ menawarkan penggunaan lasak yang lebih tahan retak dan tahan calar berbanding peranti yang sebelumnya.

Selaras dengan jaminan kami untuk memberikan pengalaman pengguna yang terunggul, keseluruhan siri Galaxy S22 turut akan disokong kemaskini OS Android sehingga ke empat generasi peranti. Dengan ini, jutaan pengguna peranti Galaxy di seluruh negara akan dilindungi oleh ciri keselamatan terkini, disamping menikmati prestasi produktiviti dan ciri peranti terkini untuk tempoh masa yang lebih lama. Samsung berazam akan mengembangkan usaha ini ke seluruh barisan produk kami untuk memanfaatkan pengguna merentas ekosistem Galaxy.
 

Samsung Memperkenalkan Galaxy S22 Dan Galaxy S22 Plus

Peranti siri Galaxy S juga direka untuk memudahkan penyesuaian telefon mengikut cita rasa pengguna. Anda boleh menggunakan antaramuka pengguna One UI baharu Samsung yang kemas lagi intuitif untuk memperibadikan rupa dan rasa skrin utama dan widget anda. Sesuaikan warna ikon, widget, campuran warna dan banyak lagi mengikut keperibadian cita rasa anda. One UI juga memberikan akses mudah kepada pelbagai emoji, GIF dan pelekat, supaya anda boleh meluahkan rasa hati dengan tepat dan segera.

Menyasar Kelestarian Hidup Dengan Galaxy for the Planet

Selaras dengan komitmen kelestarian alam sekitar kami menerusi Galaxy for the Planet, siri Galaxy S22 merupakan langkah pertama kami dalam mempelopori teknologi mudah alih di samping mendukung pembangunan mampan. Sebahagian daripada peranti Galaxy S22 – misalnya bahagian key bracket – mengandungi 20% bahan plastik yang dikitar semula daripada jala ikan yang terdampar di laut. Bahan kitar semula pasca pengguna yang lain juga digunakan untuk membina modul pembesar suara dan bahagian dalam butang laras audio dan butang kuasa peranti anda.

Kemasan pembungkus Galaxy S22, termasuk kotak dan filem pelindung telefon, diperbuat sepenuhnya daripada kertas dan plastik buangan yang dikitar semula. Setiap sarung telefon14 juga diperbuat daripada bahan mesra alam seperti plastik pasca-pengguna ataupun bahan berasakan biologi yang diiktiraf oleh organisasi UL.
 

Samsung Memperkenalkan Galaxy S22 Dan Galaxy S22 Plus

Samsung Memperkenalkan Galaxy S22 Dan Galaxy S22 Plus
 

Perlindungan Sekuriti Yang Menyeluruh
Siri Galaxy S22 dilindungi oleh platform keselamatan Knox Vault yang berfungsi mengasingkan data sensitif anda – seperti kata laluan, biometrik atau kekunci Blockchain – daripada sistem pengendalian telefon utama dengan menggunakan pemproses dan memori khusus. Sistem keselamatan yang menyeluruh ini membolehkan pengguna mengawal segala aplikasi yang mengakses data ataupun kamera anda hanya dengan merujuk kepada antaramuka privasi One UI. Selain itu, siri Galaxy S22 juga terbina dengan ciri-ciri keselamatan baru, termasuk ARM microarchitecture yang berfungsi mencegah serangan atas talian ke atas sistem pengendalian dan memori peranti anda.

Siri Galaxy S22 juga membawa Samsung Wallet, suatu kemudahan dompet atas talian bersepadu yang boleh digunakan untuk menyimpan kad pengenalan, tiket perjalanan, pelbagai lesen, dan kunci digital milik pengguna.

Kekal Terhubung dengan Galaxy Ecosystem

Selain daripada siri peranti Galaxy S22, Samsung juga akan memperkenalkan siri tablet serba baharu bersama-sama dengan ciri teknologi Galaxy Watch4 yang telah dikemaskini. Siri Galaxy Tab S8– termasuk Tab S8, Tab S8+ dan Tab S8 Ultra – adalah siri tablet Samsung yang paling berkeupayaan serba boleh dan direka khas untuk mendukung gaya hidup kini yang selalu berketersambungan.

Mulai 10 Februari 2022, Galaxy S22 dan Galaxy S22Plus akan dijual secara meluas menerusi Samsung.com/my, syarikat rangkaian telekomunikasi utama dan pengedar dalam talian. Pilihan warna dan memori bagi kedua-dua peranti tersebut adalah seperti berikut:

Galaxy S22/22+: Phantom Black, Phantom White, Green dan Pink Gold untuk model 128GB dan 256GB dengan 8GB RAM

Samsung Memperkenalkan Galaxy S22 Dan Galaxy S22 Plus
 

Kesemua peranti dalam siri Galaxy S22 akan diliputi perlindungan Samsung Care+15, perkhidmatan sokongan untuk sebarang kerosakan tidak sengaja, pembaikan dan banyak lagi. Sila layari https://www.samsung.com/my/, http://www.samsungmobilepress.com, https://news.samsung.com/my/ atau https: //www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22/buy/ untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy S22 dan S22+.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.