Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Samsung Galaxy Tab 3 Kids Kini Di Malaysia

Samsung Malaysia kini mengumumkan ketibaan Samsung Galaxy Tab 3 Kids yang dicipta khusus untuk kegunaan kanak-kanak. Peranti ini mempunyai penggunaan user mode kedua yang dibuat khas untuk kanak-kanak dan user setting membolehkan ia diakses berlainan ke aplikasi di Kids Store

Kids Store ini menyediakan akses untuk aplikasi untuk kanak-kanak sesuai untuk di’download’ ke dalam Galaxy Tab 3 khas untuk kanak-kanak ini untuk membantu kanak-kanak dalam permainan dan pembelajaran awal kanak-kanak berumur seawal 3 tahun ke atas.

Nampaknya ibu bapa tak perlu risau lagi selepas ini dengan Galaxy Tab mereka kerana anak-anak mempunyai tablet Galaxy Tab 3 Kids masing-masing dan tidak akan menggangu tablet orang dewasa.

Galaxy Tab 3 jenis ini sudah dilengkapi dengan pelbagai mainan kanak-kanak, e-book dan juga aplikasi hiburan serta pembelajaran yang bersesuaian dengan kanak-kanak.

Galaxy Tab 3 Kids

Galaxy Tab 3 Kids

Samsung Galaxy Tab 3 untuk kanak-kanak ini mempunyai spefikasi saiz skrin 7 inci dengan resolusi 1024×768 pixels dan diperkuatkan dengan kelajuan 1.2GHz dual-core precessor dan dilengkapi dengan 1GB RAM dan storan dalaman 8GB. Galaxy Tab 3 Kids juga mempunyai slot memori tambahan dan berupaya sehingga 32GB.

Galaxy Tab 3 Kids menggunakan Android 4.1 Jelly Bean versi Adroid Google dan diperkemaskan dengan Samsung TouchWIZ interface untuk support touch screen. Ia di datangkan dalam warna kuning dan mempunyai rubber case berwarna oren yang dicipta untuk keselesaan memegang bagi kanak-kanak.

Harga Samsung Galaxy Tab 3 Kids di Malaysia dijangka akan diumumkan pada sekitar harga RM899 dan akan mula dijual pada Disember 2013 di semua outlet Samsung yang mengambil bahagian. Apa lagi, dapatkan satu unit Samsung Galaxy Tab 3 Kids untuk anak-anak anda sekarang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.