Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Samsung Galaxy Unpacked July 2023 Perkenal Generasi Kelima

Samsung Electronics Co., Ltd. semalam telah melancarkan peranti Galaxy boleh-lipat yang kini dalam generasi kelima. Pelancaran secara langsung dari Seoul, Korea ini di kongsi khas pada majlis Samsung Galaxy Unpacked July 2023 perkenal Generasi Kelima iaitu Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5, serta beberapa peranti lain. Peranti peneraju industri ini menawarkan pengalaman unik untuk setiap pengguna dengan reka bentuk yang anggun dan padat, pilihan penyesuaian yang berpelbagai dan prestasi yang berkuasa.

Terbaharu, Flex Hinge bukan sahaja membolehkan pengalaman boleh-lipat, malah juga menawarkan reka bentuk yang seimbang dan kukuh dari segi estetika. Lebih-lebih lagi, peranti boleh lipat yang tiada tandingan ini didayai keupayaan kamera yang luar biasa seperti ciri FlexCam yang membantu pengguna menangkap pelbagai citra gambar dengan penuh kreatif. Dengan prestasi yang lasak dan bateri yang dioptimumkan di samping dikuasakan pemproses terkini, siri Samsung Galaxy Z menakrifkan semula segala kebolehan peranti mudah alih biarpun terbuka mahupun tertutup.

Baca : Kami Review Telefon Pintar Samsung Galaxy Z Flip4

Galaxy Unpacked July 2023

 


Samsung Galaxy Unpacked July 2023 Perkenal Generasi Kelima

Galaxy Unpacked July 2023
 

Warisan inovasi dan dedikasi Samsung kepada kategori peranti boleh-lipat telah menghasilkan suatu produk yang serba berkebolehan. Daripada penciptaan kandungan menerusi ciri Flex Window baharu Galaxy Z Flip5 kepada kebolehan berbilang tugas yang lancar pada Galaxy Z Fold5, siri peranti boleh lipat Galaxy ini ternyata jauh melangkaui batasan keperluan pengguna masa kini.

Kedua-dua Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 juga telah direka bentuk dengan teliti untuk memenuhi keperluan daya tahan. Skrin utama peranti dilengkapi dengan lapisan penyebar kejutan manakala bahagian belakang, bingkai Aluminium Armor dan Corning® Gorilla® Glass Victus®2[ Kandungan Kitar Semula Pra-Pengguna: Sisa kaca terbuang yang dihasilkan sebagai hasil sampingan pembuatan kaca. Modul engsel bersepadu baharu ini menampilkan struktur dwi-rel yang cukup bertahan kepada kesan hentakan.

Galaxy Z Flip5

Pencermin ekspresi diri terunggul, bersaiz cilik lagi mesra poket, dan menawarkan pengalaman boleh lipat yang bergaya dan unik dalam peranti bersaiz cilik yang khusus dicipta untuk mencerminkan ekspresi diri.

Ketika ditutup, Galaxy Z Flip5 kini menawarkan lebih banyak kebolehgunaan berbanding sebelum ini. Dari Flex Window, pengguna berupaya mengakses maklumat berguna dengan cepat dan mudah. Menerusi ciri Widgets, pengguna boleh menyemak keadaan cuaca, mengawal putaran muzik dan menghayati muzik kegemaran mereka dengan Media Controller, ataupun mengikuti keadaan pasang surut pasaran saham global terkini melalui widget Google Finance. Kesemua Widget boleh diakses secara sepintas lalu dan dipilih dengan serta-merta dengan gerak isyarat sentuhan pada skrin untuk mengaktifkan Paparan Multi Widget.

Dengan reka bentuk dan rupa terbina yang tiada berbanding, Galaxy Z Flip5 juga menawarkan pengalaman kamera terpaling serba boleh pada telefon pintar Samsung Galaxy. Tangkap swafoto berkualiti tinggi dengan kamera belakang berkat Flex Window yang lebih besar. Pengguna juga boleh menangkap gambar bebas tangan yang menakjubkan dari pelbagai perspektif kreatif menggunakan FlexCam.

Galaxy Z Flip5 juga menghebatkan setiap foto berkat penambahbaikkan pengalaman kamera dengan kemaskini AI. Cetuskanlah kreativiti diri dengan keupayaan Nightography dipertingkatkan yang mengoptimumkan foto dan video dalam keadaan pencahayaan ambien, walaupun dalam cahaya malap. Algoritma pemprosesan isyarat imej (ISP) berkuasa AI membetulkan sebarang hingar visual yang biasanya merosakkan imej cahaya malap sambil meningkatkan butiran dan ton warna. Foto juga ternyata lebih jelas walaupun dirakam dari jarak yang jauh dengan zum digital 10X.

Galaxy Unpacked July 2023

Galaxy Unpacked July 2023

Galaxy Unpacked July 2023
 

Galaxy Z Fold5

Galaxy Z Fold5 menawarkan paparan yang mengasyikkan menerusi skrin bersaiz besar, bateri tahan lasak[ Hayat bateri sebenar berbeza mengikut persekitaran rangkaian, ciri dan apl yang digunakan, kekerapan panggilan dan mesej, bilangan kali dicas dan banyak faktor lain. Dianggarkan berbanding purata profil penggunaan yang disusun oleh UX Connect Research. Dinilai secara bebas oleh UX Connect Research antara 2023.06.19-2023.06.29 di AS dengan versi pra-keluaran di bawah tetapan lalai menggunakan rangkaian LTE dan 5G.

Galaxy Z Fold telah menerajui perkembangan produktiviti harian melalui pengalaman skrin besar yang teguh, menganjak daripada ciri Multi Window, seret dan lepas dan pengoptimuman aplikasi pihak ketiga. S Pen Fold Edition yang diperkenalkan pada generasi ketiga Fold pada 2021, juga telah diperhalusi untuk memberi pengalaman menulis yang unggul pada Galaxy Z Fold5.

S Pen Fold Edition [Saiz S Pen Fold Edition untuk Galaxy Z Fold5 ialah 4.35mm berbanding 7.4mm untuk Z Fold4. S Pen Fold Edition dijual berasingan. Sarung S Pen Slim dijual secara berasingan. S Pen Fold Edition hanya serasi dengan Galaxy Z Fold5, Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Fold3. Semua Pen S atau pen stilus lain tidak direka untuk Z Fold5 dan boleh merosakkan skrin. Z Fold5 tidak mempunyai slot terbina dalam untuk S Pen. Sokongan S Pen terhad kepada Skrin Utama baharu yang lebih langsing.
 

Galaxy Unpacked July 2023

Galaxy Unpacked July 2023

Galaxy Unpacked July 2023
 

Khas buat orang Malaysia, Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 akan tersedia di seluruh negara mulai 18 Ogos 2023.

Galaxy Unpacked July 2023

Galaxy Unpacked July 2023
 

Untuk Samsung Galaxy Unpacked July 2023, Samsung bukan hanya memperkenalkan Galaxy Z Fold5, Galaxy Z Flip5, ia juga memperkenalkan Galaxy Watch6, Galaxy Tab9, Galaxy Tab9 Plus dan Galaxy Tab9 Ultra.

Galaxy Unpacked July 2023

Galaxy Unpacked July 2023

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.