Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Samsung New QLED TV All New Premium Innovasi Teknologi Moden

Hari ini Samsung Malaysia memperkenalkan koleksi TV QLED terbaru mereka. Ini lah Samsung New QLED TV All New Premium Innovasi Teknologi Moden yang akan merubah cara anda menonton setiap hari. Inovasi TV QLED dariSamsung ini akan memberikan korang pengalaman menonton dengan warna yang lebih asli serta tontonan yang lebih premier dari sebelum ini.

Samsung New QLED TV ini dilancarkan di Midvalley Megamall dengan memperkenalkan 6 lagi model terbaru Samsung TV termasuk model-model yang mempunyai saiz skrin 55 inci sehingga saiz paling premium bersaiz 88 inci.

Samsung New QLED TV

samsung new qled tv

 

Turut sama dalam majlis pelancaran Samsung QLED TV ini ialah Presiden Samsung Malaysia Encik Lee Sang Hoon dan juga Duta Samsung Malaysia iaitu Dato Wira Lee Chong Wei.

Setelah berkembang sebagai 11 tahun peneraju dalam pasaran TV global, Samsung kali ini memperkenalkan ciri utama QLED TV dengan diperkemaskan kualiti ‘Colour Volume 100%’ di dalam semua QLED TV Samsung.

Fungsi 100% Colour Volume dalam QLED TV ini akan memberikan kualiti warna yang sebenar pada skrin TV korang. Mereka menggunakan material ‘Metal Alloy of Quantum Dot’. Fungsi ini akan memberikan warna asli, kualiti warna kontras yang lebih yakin serta warna gelap yang lebih ‘real’.

 

 

samsung_new-qled_tv_launch samsung_new-qled_tv_launch samsung new qled tv samsung_new-qled_tv_launch

 

G-Smart yang diperkenalkan pada QLED TV ini sebenarnya agak menarik. Ia menjadikan susunan dekorasi di bahagian TV korang lebih teratur. Ia hanya memerlukan 1 Remote sahaja yang akan mengawal TV, Player, Game Consule dan beberapa lagi peranti lain yang disambungkan ke QLED TV korang.

Bukan itu sahaja, wayar yang berserabut bukan lagi masalah kerana dari QLED TV ia hanya menghubungkan 1 wayar optik sahaja kepada device yang akan mengawal semua peranti lain yang berhubung dengan TV Samsung QLED.

 

samsung new qled tv

 

Untuk peminat QLED TV dari Samsung ini, korang boleh mula mendapatkan model-model QLED TV ini bermula 16 Mei 2017 di semua rangkaian jualan Samsung Brand Shops dan authorised dealers seluruh negara.

Harga jualan model Samsung QLED TV ialah :

Model No. Recommended Retail Price (inclusive of 6% GST)
QA55Q7FAMKXXM RM12,999
QA65Q7FAMKXXM RM19,999
QA65Q8CAMKXXM RM22,999
QA75Q7FAMKXXM RM35,999
QA75Q8CAMKXXM RM36,999
QA88Q9FAMKXXM RM99,999

 

Kalau beli produk terbaru Samsung TV QLED ini sebelum 30 June 2017 ini, korang layak untuk dapat ‘Subscription’ PERCUMA iflix selama 12 bulan. Wow!!!

Berminat lebih lanjut boleh layari laman web Samsung Malaysia di www.samsung.com/my/tvs/qled/ . Rasanya macam baru jer Samsung lancar TV SUHD http://www.mrjocko.com/2015/04/samsung-suhd-tv-inovasi.html

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.