Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Samsung Service Centre Di Kuala Lumpur The Garden Midvalley

Pertama kali smartphone MrJocko, Galaxy Note5 rosak. Tak tau sebab kenapa ia rosak, tiba-tiba automatik button ‘back’ bila nak ‘open’ mana-mana Apps. Dengan erti kata lain, buka saja aplikasi dalam smartphone, ia akan kembali kepada Home Screen. Frust! Terpaksa cari Samsung Service Centre Di Kuala Lumpur The Garden Midvalley untuk dihantar. Pilihan MrJocko, bawa ke Samsung Service Centre di The Garden.

Memandangkan smartphone Note5 ini sudah berumur 4 bulan, nampaknya sudah tak ada peluang untuk tukar one-to-one. So, kena repair dulu mana yang rosak.

Baca : Pelbagai Model Telefon Pintar Samsung Malaysia

Samsung Service Centre Di Kuala Lumpur

 

Samsung Service Centre Di Kuala Lumpur
Samsung Service Centre

Ada banyak lokasi Samsung Service Centre Di Kuala Lumpur, kena cari sendiri lokasi berdekatan dengan tempat anda. Paling mudah bagi MrJocko service centre di The Garden sebab senang nak pergi, nak hantar, nak ambil dan boleh shopping apa yang patut. Kalau tak nak datang sini, lokasi di Samsung Service Centre Di 1Utama pun mudah untuk pergi.

Samsung Service Centre Di Kuala Lumpur

Jadi, cerita MrJocko, pada 2 Februari 2016 hantar smartphone Galaxy Note5 rosak. Tunggu tak sampai 5 minit, MrJocko dilayan oleh staff bertugas. Selepas staff melihat dan check apa yang patut, jangkaannya kemungkinan ada rosak dalam motherboard. Nak tak nak, terpaksa tinggalkan selama sekitar beberapa hari. Ok lah, nak buat camana, terpaksa baiki.

Namun, hanya selang 3 hari, pada 5 Februari 2015, ada notifikasi dan panggilan dari staff Samsung Service Centre Di The Garden mengatakan smartphone dah siap. Wow!!! Cepat dan Efisen kan?

Itu pertama kali rosak. Last week, smartphone MrJocko rosak lagi. Kali ini, ia mungkin akibat air hujan. MrJocko singgah di Samsung Service Centre Di 1Utama. Sama juga tunggu, beri staff Samsung lihat dan isi borang. Katanya memang standard mungkin sehari dua akan siap.

Petang jam 6.30 petang, staff Samsung Service Centre Di 1Utama telefon beritahu smartphone dah siap. Wow! Wow! dan Wow!!!. Cepatkan sebab MrJocko hantar pada jam 12.30 tengahari, petang jam 6.30 petang dah siap… Terbaik la Samsung Service Centre.

Bagi MrJocko, dengan pengalaman sendiri, setakat ini, memang boleh beri 5 STARS untuk service centre Samsung. Ini baru dikatakan world class service. #Kipidap #SamsungServiceCenter #SamsungMalaysia

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.