Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Samsung Unpacked 2020 Perkenal Galaxy S20 Series Dan Galaxy Z Flip

Terbaru, Samsung Unpacked 2020 Perkenal Galaxy S20 Series Dan Galaxy Z Flip. Majlis Samsung Unpacked pertama dekad baru tahun 2020 ini secara rasmi mencipta sejarahnya tersendiri. Ia adalah gambaran asas betapa pesatnya inovasi terbaru jenama Samsung dari negara Korea Selatan.

Dalam majlis gilang gemilang ini, ia memperkenalkan barisan telefon pintar terbaru Samsung yang dikenali dengan nama Galaxy S20, Galaxy S20+ dan juga Galaxy S20 Ultra. Ia juga meperkenalkan telefon pintar lipat dengan nama Galaxy Z Flip. Bukan itu sahaja, Samsung Unpacked kali ini turut memperkenalkan produk terbaru Samsung Galaxy Buds+.

Baca : Pelbagai Model Terbaru Telefon Pintar Dari Jenama Samsung

samsung unpacked 2020

Samsung Unpacked 2020 Perkenal Galaxy S20 Series Dan Galaxy Z Flip

samsung unpacked 2020

samsung unpacked 2020
Samsung Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra

 

Paling ketara untuk smartphone terbaru dari Samsung kali ini ialah dengan 4 kamera dengan kuasa 108MP. Ya, sebesar ini, kualiti gambar yang terhasil pasti lebih cantik dari sesetengah kamera DSLR biasa. Lagipun, ia terbina dengan kuasa 100x Space Zoom yang pasti membuatkan anda senang merakam gambar dari jarak yang jauh (Samsung S20 Ultra).

Untuk harga jualan Samsung Galaxy S20, Galaxy S20+ dan juga Samsung S20 Ultra di Malaysia boleh semak dengan pihak Samsung Malaysia.
 

samsung unpacked 2020
Galaxy S20 Ultra Zoom

samsung unpacked 2020
Kuasa Zoom 100x Samsung Galaxy S20 Ultra

Unpacked Galaxy S20 Series Dan Galaxy Z Flip

Satu lagi, Galaxy Z Flip, sebagai telefon pintar kaca dilipat pertama di dunia, faktor bentuk revolusioner ini. Smartphone Galaxy Z Flip ini membuka mata dunia dengan pengalaman mudah alih yang baru dan memberi anda lebih banyak pilihan untuk mengekspresikan diri anda dengan telefon lipat.

samsung unpacked 2020
 

Dengan kemasan prisma yang menakjubkan, Galaxy Z Flip adalah satu rekaan yang berani di dalam kedua-dua reka bentuk dan ciri-cirinya. Lihat infographic terperinci mengenai inovasi terkini Samsung Galaxy Z Flip di sini:

Samsung Galaxy Z Flip https://www.samsung.com/global/galaxy/galaxy-z-flip/
 

Baca : MrJocko dan Review Smartphone

Akhirnya, yang turut menjadi tumpuan ialah Samsung Galaxu Buds +. Ia adalah earphone tanpa wayar pertama Samsung dengan penyampai 2 arah. Samsung Buds + adalah dikuasakan dengan bunyi teknilogi AKG, kaya dengan treble dan bass. Ia mempunyai sistem 3-mic untuk panggilan jelas, dan bateri tahan lama. Semua ini dicipta untuk pengalaman audi yang premium.

samsung unpacked 2020
Berapa Harga Samsung Galaxy Buds+ Malaysia?

Kredit Gambar : Android Central
 

Nak tahu tentang banyak lagi informasi menarik sepanjang Samsung Unpacked 2020 di California, boleh layari pautan ini. Samsung Galaxy Unpacked 12 Feb 2020.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.