Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Samsung Unpacked 2021 Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic

Samsung Electronics mengumumkan mengenai Samsung Unpacked 2021 Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic, menandakan era baharu untuk inovasi jam tangan pintar. Model ini adalah jam tangan pintar pertama yang menampilkan Wear OS™ dikuasakan oleh Samsung terbaharu. Dibina bersama dengan Google™ dan dilengkapi dengan One UI Watch, antaramuka pengguna Samsung yang paling intuitif.

Model siri Galaxy Watch4 ini diperkuatkan dengan prestasi perkakasan canggih dan memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan terhubung daripada sebelumnya. Peranti baharu ini telah direka semula sepenuhnya untuk menyediakan kepada pengguna alat terbaik bagi mengurus kesihatan mereka.

Baca : Review Samsung Galaxy Buds Pro

 



Samsung Unpacked 2021 Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic

Samsung Unpacked 2021 Galaxy Watch4 01
Samsung Unpacked 2021 Galaxy Watch4

 

Rangkaian Ciri Kesihatan dan Kesejahteraan Samsung yang Paling Canggih
Galaxy Watch4 dilengkapi dengan Sensor BioActive 3-dalam-1 Samsung yang inovatif. Model ini menawarkan reka bentuk lebih kecil dan kompak. Alat pengukur Komposisi Badan serba baharu dari Samsung memberi pengguna pemahaman yang lebih mendalam mengenai kesihatan dan kecergasan umum mereka, dengan ukuran utama seperti jisim otot rangka, kadar metabolisme asas, peratusan air dan lemak badan.

Kini, pengguna boleh memeriksa komposisi badan mereka dengan mudah melalui pergelangan tangan dengan hanya dua jari. Dalam masa kira-kira 15 saat, sensor jam tangan anda akan menangkap 2,400 titik data.

Jam tangan pintar ini dilengkapi dengan pelbagai ciri kesihatan untuk mengesan aktiviti harian anda agar anda kekal terus bermotivasi untuk menjadi yang terbaik. Anda boleh memilih pelbagai panduan senaman, menikmati Cabaran Berkumpulan dengan rakan dan keluarga anda, atau menyediakan gimnasium di rumah dengan menyambungkan Galaxy Watch4 ke Samsung Smart TV anda yang sepadan, di mana kiraan kalori dan metrik kadar degupan jantung boleh dipaparkan di skrin untuk penjejakan yang lebih mudah.

Dan apabila pemakai sudah bersedia untuk berehat, siri Galaxy Watch4 memberikan gambaran yang hampir lengkap mengenai corak tidur anda, dengan perincian yang lebih hebat daripada sebelumnya. Telefon pintar ini boleh mengesan bunyi dengkuran anda sendiri, manakala jam tangan pintar mengukur tahap oksigen dalam darah ketika anda tidur. Bersama dengan Skor Tidur lanjutan, pemakai boleh mengetahui lebih lanjut mengenai corak tidur untuk mendapatkan rehat yang lebih baik.
 

Samsung Unpacked 2021 Galaxy Watch4 02

Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic

Ciri khas bagi jam tangan pintar Galaxy dengan One UI Watch baharu Samsung dan Wear OS Dikuasakan oleh Samsung untuk pengalaman jam tangan pintar yang lebih lancar. Dengan One UI Watch, aplikasi yang sepadan akan dipasang secara automatik pada jam tangan anda apabila ia dimuat turun pada telefon anda.

Auto Switch memastikan fon telinga tanpa wayar anda dapat menukar audio antara telefon dan jam tangan anda, bergantung pada penggunaannya. Pengguna juga dapat mengawal pengalaman mudah alih anda dengan mudah melalui suara Bixby, bezel dan Kawalan Gerakan. Gerakkan lengan bawah ke atas dan ke bawah dua kali untuk menerima panggilan dan putar pergelangan tangan anda dua kali untuk menolak panggilan atau untuk mengetepikan notifikasi dan penggera.

Siri Galaxy Watch4 juga merupakan generasi pertama jam tangan pintar yang menampilkan Wear OS Dikuasakan oleh Samsung. Dibina oleh Samsung dan Google, platform canggih ini membolehkan anda untuk menggunakan ekosistem yang meluas secara terus daripada pergelangan tangan pemakai dengan aplikasi popular Google seperti Google Maps, dan perkhidmatan Galaxy yang digemari, seperti Samsung Pay, SmartThings dan Bixby. Platform baharu ini turut menyokong aplikasi pihak ketiga yang terkemuka seperti Adidas Running, Calm, Strava, dan Spotify yang boleh didapati di Google Play. Bersama dengan perkakasan canggih kami dan antaramuka pengguna yang lebih intuitif, anda dapat menikmati pengalaman bersepadu yang lancar dan mudah dengan Galaxy Watch4.

Katanya, kompas terbina-dalam Watch4 yang ditambah baik berfungsi seiring dengan Peta Google untuk memudahkan anda meneroka kawasan baharu.

Pengalaman luar biasa ini disokong dengan menaik taraf perkakasan penting termasuk pemproses yang dipertingkatkan, paparan yang lebih kaya, dan memori yang diperluas. Siri Galaxy Watch4 memiliki pemproses 5nm pertama dalam Galaxy Watch – dengan CPU 20% lebih pantas dan RAM 50% lebih banyak, dan GPU 10 kali lebih pantas berbanding generasi sebelumnya. Ini bermakna aktiviti menatal dan melakukan multi-tugas pada siri Galaxy Watch4 menjadi lancar dan mudah.

Model Galaxy Watch4 ini juga telah meningkatkan resolusi pada paparan, sehingga 450 x 450 piksel, agar visual tampak ebih tajam dan berbeza. Dengan memori 16GB yang mengagumkan, anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk memuat turun dan menyimpan aplikasi, muzik, dan foto kegemaran pengguna dengan yakin semuanya tersimpan dengan selamat, terima kasih buat platform keselamatan Samsung Knox.

Ramai yang berpuas hati dengan Samsung, kerana mereka tahu bahawa bateri yang boleh bertahan lebih lama sebagai jam tangan pintar sebenar. Ketahanan bateri sehingga 40 jam, lebih daripada cukup untuk bertahan dalam perjalana semalaman. Malah ia menyokong pemproses yang lebih pantas, paparan resolusi lebih tinggi, memori yang diperluas dan ciri kesihatan yang lebih sofistikated.

Lebih bagus, anda boleh mengecasnya hanya dalam masa 30 minit dan bateri boleh bertahan sehingga 10 jam.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic, layari:
Galaxy Watch4

Galaxy Watch4 Classic

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.