Site icon Travel Blogger Malaysia

Saya Guna Pocket WiFi Samurai WiFi Masa Travel Ke Jepun

Masa melancong ke luar negara, harga untuk roaming data smartphone dari provider di Malaysia agak mahal. Sebab itu, pilihan untuk guna Pocket WiFi ketika travel satu pilihan terbaik. Saya Guna Pocket WiFi Samurai WiFi Masa Travel Ke Jepun. Ini adalah entry review untuk Pocket WiFi Samurai WiFI.

Saya guna Samurai WiFi masa travel ke Jepun sebab memang dah tahu ia antara Pocket WiFi terbaik dengan banyak kelebihan. Memandangkan memang kerja MrJocko sebagai travel blogger memerlukan data internet sentiasa sepanjang masa, data unlimited adalah pakej yang sesuai untuk MrJocko pilih.

Baca : MrJocko Review Pocket WiFi Samurai

 



 

Review Pocket WiFi Samurai WiFi

Pocket WiFi Samurai WiFi
 

Memandangkan MrJocko dan wife ke Osaka Jepun selama seminggu, kami ambil pakej RM20 sehari dengan data unlimited. Sebelum ini, masa ke Jepun, memang MrJocko perasan belum ada banyak WiFi Percuma di sana, melainkan ada beberapa kedai 7-Eleven yang menyediakan data internet FREE.

Sebab itu, untuk kemudahan MrJocko dan wife, baik kami sewa dan guna Pocket WiFi yang disewa dari Malaysia untuk kegunaan di sana. Penggunaan Sim Card di Jepun sangat tak sesuai sebab banyak sangat Bahasa Jepun yang memang kami tak faham.

 

 

Perlu tahu sikii sebanyak tentang Jepun. Kalau anda melancong ke sana, banyak akan guna kemudahana awam seperti keretapi, LRT, Subway atau Shinkansen. Kalau laluan seperti ini banyak lalu dibawah tanah dan kalau guna WiFi atau data biasa, anda akan selalu hilang signal.

Alhamdulillah, bila guna Pocket WiFi Samurai WiFi ni di Jepun, tidak ada masalah. Kelajuan untuk Samurai WiFi memang terbaik dengan kelajuan biasa 4G sehingga 187.6 Mbps. Kadang-kadang memang boleh cecah sampai kelajuan 3G+3G. Maksudnya,,, MrJocko sendiri tak faham. Kelajuan 6G kot?

Kelebihan lain, data Pocket WiFi Samurai WiFi ni boleh guna seluruh Jepun. Ia adalah betul-betul unlimited tanpa charge tersembunyi, bantuan sokongan 24 jam dan perkhidmatan gantian Device Pocket WiFi jika perlu.

Setakat ni MrJocko pernah syorkan Samurai WiFi untuk Pelawak Syuk Rajalawak guna masa trip ke Jepun. So far memang di sangat berpuas hati.

http://www.mrjocko.com/2016/12/apa-kata-pelawak-shuk-syj-tentang-samurai-wifi-di-jepun.html

 

Kenapa MrJocko perlukan kan Pocket WiFi masa travel ke Jepun. Paling penting ialah untuk carian lokasi menggunakan Google Maps. Selain tu, of course la untuk Social Media sharing di Facebook, Instagram dan juga untuk menonton YouTube.

Kalau anda nak travel keluar negara, antara pakej Pocket WiFi terbaik ialah Samurai WiFi. Boleh layari laman web Samurai WiFi untuk maklumat lanjut dan juga untuk melihat pakej promosi untuk negara lain seperti China, Hong Kong, Macau, Thailand, Korea, Indonesia, Taiwan dan banyak lagi.

 

Exit mobile version