Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Samut Sakhon Bangkok Perusahaan Garam Terbesar Di Thailand

Samut Sakhon masih lagi berada di dalam kawasan Bangkok dan ia terkenal dengan perusahaan garam. Di kawasan Samut Sakhon sehingga ke sempadan daerah Samut Songkram, kawasan ini adalah kawasan perindustrian dan perusahaan garam terbesar di Thailand. Garam di sini mempunyai kualiti yang tinggi serta dieksport ke seluruh negara.

 

MrJocko singgah di sini secara tidak dirancang ketika dalam perjalanan dari Bangkok menuju ke Hua Hin. Kawasan ini mudah untuk dikenali kerana sepanjang jalan anda akan melihat kawasan luas terbentang umpama ‘sawah padi’ di Malaysia dan kemudian akan melihat tompokan putih di susun teratur. Itu la garam yang telah di proses.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

garam-di-samut-sakhon-bangkok

 

 

 

 

 

Garam ini biasanya diproses pada musim panas dan biasanya ia melalui beberapa proses penting dari saluran air laut yang dibawa mengikut arus dan kemudiannya melalui beberapa peringkat sehingga ia dibiarkan kering menjadi garam. Bayangkan warna asal air laut, kemudian ia menjadi warna kemerahan dan jingga seperti gambar di atas dan kemudian apabila kering ia menjadi putih bersih.

 

Ada banyak proses cara untuk membuat garam dari air laut ini dan anda boleh dapatkan maklumat lanjut dari laman web berkenaan.

 

 

 

 

garam-di-samut-sakhon-bangkok

 

Ladang Garam di sekitar Samut Sakhon dan Samut Songkram ini tidak la popular sangat, tetapi sebenarnya ia boleh di komersilkan lagi kepada pelancong dengan mengemaskini lokasi terbabit. Mungkin ramai yang berminat nak tahu tentang cara pembuatan garam dan proses-prosesnya. Lagipun bila tiba musim membuat garam di waktu kemuncak, pemandangannya memang cantik dengan tompokan garam yang sudah siap serta limpahan air yang memenuhi ruang kawasan ini.

 

Sementara itu, jika anda nak lihat sendiri, kawasan Samut Sakhon ini tidak jauh sangat dari bandaraya Bangkok dan anda boleh memandu ke sini dengan mudah kerana ia terletak di tepi lebuh raya utama di Bangkok.

 

Sesekali melihat sesuatu yang biasa kita makan, tetapi jarang kita tahu bagaimana cara membuat Garam.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.