Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sandakan Harbour Square Tempat Santai Yang Menarik

Sandakan Harbour Square Tempat Santai Yang Menarik bagi warga Sandakan dan sekitarnya. Pekan berhampiran dengan laut ini, memang sebenarnya menjadi tumpuan sejak bertahun samada untuk aktiviti seharian.

Kalau korang datang ke Sandakan, jangan lupa singgah kat Sandakan Harbour Square. Area ni nampaknya kawasan bangunan baru. Ada hotel Swiss Inn, motels, KFC dan banyak gerai makan dan Steamboat Restoran bersebelahan dengan Swiss Inn. Memang banyak yang boleh anda teroka di sini.

Baca : Tempat Menarik di Sandakan Sabah

 


Sandakan Harbour Square Tempat Santai Yang Menarik

Sandakan Harbour Square Tempat Santai Yang Menarik
 

photo-2-789795

 

Kat Harbour Square ni korang boleh lepak minum dan makan menu local, western dan steamboat. Boleh layan gerai sambil tengok view Laut Sulu dan menunggu matahari terbenam. Aku tengok ramai Mat Salleh duk lepak sini. Orang-orang tempatan dari Sandakan pun ramai.
Katanya, sejak ia dibuka beberapa tahun yang lepas, ia menjadi antara tempat tarikan pelancong dan warga tempatan. Berdekatan dengan Sandakan Harbour Square ada beberapa kapal laut Tentera Laut yang berlabuh di sini dan menjadikan lokasi ini sebagai Pelabuhan mereka.

 

Sandakan Harbour Square Tempat Santai Yang Menarik

 

Nak cari Sandakan Harbour ni mudah jer, dekat dengan Stesen Bas dan Teksi Sandakan. Sebelah tu sajer bleh beli barang runcit kat pasaraya Gentingmas, paling famous kat Sandakan. Makan jangan risau, ada banyak restoran, gerai, stall dan juga kiosk.

 

Katanya area sini ada restoran dan gerai yang dibuka 24 jam, tapi kedai2 lain sekitar ni kul 6.00pm dah tutup.
Aku lepak sampai kul 8.00pm jer, pastu dah balik hotel. Penat nak lepak lama2 kat sana.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.